DAULAT TUANKU..... DAULAT TUANKU.... DAULAT TUANKU!
Alhamdulillah Rakyat Kelantan telah mendapat Sultan baru dan sesungguhnya kami amat bersyukur. Kemelut yang mengotori Istana Kelantan telah berakhir
ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR!
Pengistiharan baginda disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar jam 12.30 tengahari. Baginda dimasyurkan dihadapan Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Orang-Orang Kenamaan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Tengku Muhammad Faris Petra menjadi raja yang memerintah, menaiki takhta dan kerajaan Kelantan dan jajahan takluknya adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang berasaskan peruntukkan Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan( Bahagian Yang kedua yang menyatakan:- “ Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat.
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteTahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Kelantan amnya dan pada ayahanda khususnya kerana mendapat seorang raja yang amat dekat dihati rakyat.
Anakanda berdoa agar kita semua dipanjangkan usia untuk merasa bagaimana Malaysia ditadbir Sultan Kelantan apabila menjadi YDP Agong. Moga banyak pembaharuan yang dapat dirasa, dan anakanda dapat merasa sedikit nikmat dibawah pemerintahan baginda kelak Insya'Allah.
cukup mengaibkan - http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/100911222551.jpg
ReplyDeletetahniah bro, saya turut berbangga :)
ReplyDeletejemput dtg ke blog ambil award sahabat, teria kasih ya. :)
Salam,
ReplyDeleteSaya 100% bersetuju dengan pandangan author faethal. Saya juga ada mendengar mengenai Tengku Muhammad Faris Petra melalui rakan-rakan di Kelantan. Semoga dengan pertabalan ini pertelingkahan dan pergelutan yang diperbesarkan dalam media oleh pihak-pihak ketiga yang mempunyai agenda masing-masing dapat dihentikan serta merta dan semua pihak mengambil iktibar untuk hidup dibawah sultan baru ini.
Akan tetapi, pihak kerajaan persekutuan dan negeri perlu juga memberi jawapan kepada soalan ini: Siapakah yang mengarahkan ahli UTK untuk menujukan senapang AK47 kepada Sultan apabila rombongan kereta disekat. Gambar yang saya lihat dalam beberapa sesawang menunjukkan pintu kereta yang dinaiki Sultan terbuka dan 2 ahli UTK mengajukan senapang AK47 terhadap baginda yang duduk tersungkur dalam kereta. Apakah tindakan susulan yang akan di ambil sekiranya terdapat apa-apa salah laku ataupun campuran pihak ketiga dalam memburukkan lagi keadaan sengketa pihak istana.