Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 29, 2010

Duit kita yang hangus?

Formula satu Malaysia?
Satu pelaburan yang memang dah pun lebur. Angan menggunung tetapi terjelepuk di tangga tercurut!

Nasib baik Hekki tak jadi satay...

.
Satu persoalan, apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setelah negara mempunyai sebuah pasukan formula satu? Apakah anda pembaca setuju sekiranya saya katakan, ini adalah satu lagi projek pembaziran terancang kerajaan Barisan Nasional ?

Pembaziran itu dapat dielakkan sekiranya wang yang dapat dikumpulkan dari beberapa konglomerat terkemuka negara, dinamakan sebagai tabung khas biasiswa 1Malaysia. Ianya jauh lebih bermanfaat selain daripada memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan Malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa yang diberi biasiswa ini akan kemudiannya berbakti kepada kerajaan yang prihatin. Tetapi malangnya kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim apabila menafikan hak pelajar untuk menerima biasiswa, malah kerajaan menjadikan pinjaman ini satu perniagaan apabila meletakkan kadar faedah sebanyak 4 peratus !

Berbalik kepada cerita formula satu, ada maklumat yang mengatakan jumlah yang dilaburkan oleh syarikat konglomerat ialah 500j tetapi harus diingat bahawa perbelanjaan tahunan untuk satu pasukan formula 1 adalah mencecah 1 bilion.

Ada rakan yang mengatakan kepada saya bahawa kerajaan tidak keluar walau satu sen pun untuk pasukan formula satu negara. Semua perbelanjaan yang mencecah 1 bilion semusim itu ditaja oleh badan swasta.

Memang benar, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk pasukan formula satu. Tetapi janganlah kita menganga dengan auta yang cuba menyembunyikan fakta sebenar. Walau berapa pun jumlah tajaan syarikat swasta untuk tujuan sukan negara, ia pasti akan menolak jumlah cukai tahunan yang dikenakan (income tax) terhadap mana-mana syarikat pun. contohnya, sekiranya syarikat A memberi tajaan RM 1 juta, maka apabila membayar cukai, RM 1juta akan dikecualikan. Dalam masa yang sama, jumlah cukai yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Malaysia telah susut 1 juta di atas tajaan syarikat A terhadap sukan negara (termasuklah sukan formula satu). Jadi, adakah anda bersetuju jika saya katakan kerajaan telah terlibat secara langsung dalam perbelanjaan formula satu ?

Baca sepenuhnya di sini

2 comments:

  1. salam pak din...

    saya menulis bukan kerana nama... tapi just untuk bgtau yg pak din dah salah credit origin asal artikel di atas...

    harap pemberitahuan ini dilihat dari sudut positif. thanks uncle MD

    ReplyDelete
  2. W'salam Edyes.

    Pak Din minta maaf kerana salah kredit. Apa pun Pak Din ucapkan terima kasih banyak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa