Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 6, 2010

Nasihat Baik Dari PM Dan Kit Siang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari menggesa rakyat agar mengamalkan prinsip saling menghormati berdasarkan kepada sensitiviti sesuatu kaum atau agama agar ia tidak mudah dicabuli oleh pihak lain.

Beliau berkata prinsip itu amat penting dalam menentukan keharmonian negara terpelihara sekaligus dapat mengelak wujudnya perasaan ekstremis atau jumud.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 3,000 penduduk kawasan Parlimen Gombak di perkarangan Kompleks Amaniah, Batu Caves di sini, Najib berkata rakyat juga perlu berpegang pada sikap bersederhana, kerana prinsip itu dapat meningkatkan perasaan saling menghormati antara umat Islam dan bukan Islam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

Sementara itu mengulas mengenai isu Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang memasuki ruang solat utama di Surau Al-Huda, Kajang baru-baru ini, Najib mengingatkan agar setiap pihak supaya menjauhi perkara yang tidak disenangi oleh kaum lain.

"Ini sebagai peringatan bukan nak hangatkan isu ini, nak lakukan apa sahaja harus periksa dan ambil tahu akan apa kita lakukan sama ada ia disenangi oleh mereka yang bukan seagama, lebih-lebih lagi memasuki ruang ibadat yang suci," katanya. Beliau turut merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-90 pada 1 Mac lepas yang memutuskan bahawa pelancong bukan Islam yang memasuki masjid dan ruang solat utama diharuskan, dengan syarat mendapat keizinan pengurusan masjid dan kelakuan mereka tidak mencemarkan masjid di samping berpakaian menutup aurat dan perlakuan terkawal.

Beliau berkata Sultan Selangor juga bertitah berhubung larangan orang bukan Islam memasuki ruang solat utama masjid dan surau di Selangor mengikut Seksyen 3, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor.

"Pada tahun 1989, Ratu Elizabeth masuk ke masjid negeri dengan pakaian menutup aurat dan tidak masuk ke ruang solat utama," kata Najib yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kilat RM500 tiap seorang kepada kepada empat mangsa kebakaran, sumbangan RM18,000 bagi 18 masjid di Parlimen Gombak serta bantuan hari raya kepada 142 orang miskin dan 158 anak yatim.

Najib kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih bersama penduduk Gombak di Masjid Al-Amaniah yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Amaniah. - BERNAMA/mStar

PETALING JAYA: Pemimpin dan penasihat DAP Lim Kit Siang secara tegas meminta semua pihak termasuk para pemimpin parti politik supaya berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur rasis atau mencemar agama khususnya di dalam media sosial dan internet.

Beliau meminta agar semua rakyat Malaysia yang waras tidak kira dari parti dan fahaman politik mana sekali pun mereka memihak supaya bersatu kembali kepada ketertiban, kesopana, beralas rational dalam membicarakan soal-soal kemasyarakatan di dalam blog mahupun internet.

“Peningkatan penggunaan kata-kata kesat dan rasis serta perbuatan menghina agama orang lain di dalam media sosial dan juga internet wajar mendapat perhatian daripada semua pihak.

“Dalam apa keadaan sekali pun sebarang perbahasan dalam memperkatakan tentang kaum dan agama mestilah tidak harus sampai ke tahap yang paling rendah," katanya di dalam entri terbaru blognya. mStar

Komen saya :

No. 1 Petua

Beliau turut merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-90 pada 1 Mac lepas yang memutuskan bahawa pelancong bukan Islam yang memasuki masjid dan ruang solat utama diharuskan, dengan syarat mendapat keizinan pengurusan masjid dan kelakuan mereka tidak mencemarkan masjid di samping berpakaian menutup aurat dan perlakuan terkawal.

No. 2 Arahan

Beliau berkata Sultan Selangor juga bertitah berhubung larangan orang bukan Islam memasuki ruang solat utama masjid dan surau di Selangor mengikut Seksyen 3, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor.

Tetapi kenapa no.1 dan no. 2 bercanggah?

Bukankah ini akan mengelirukan?

Jadi apakah persepsi Non Muslim terhadap Islam itu sendiri?

Bangang lagi sekali!!


4 comments:

  1. aalamualikum...
    susah nak islamkan yang dah islam ni..

    okey selamat hari raya maaf zahir dan batin ..semoga sihat selalu .kawal pemakanan..teruskan n3 yang membena pemikiran

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    keh..keh..keh..., baca teks ucapan jer... tu, mana boleh faham...

    yang jadi mangsa kekeliruan rakyat lah.. baik muslim dan non muslim, dari sudut agama pula, tak payah cakap laaaa... memang hancur lama dah...

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Sebab mereka sudah merasakan sudah cukup Islam dan sudah cukup Alim dari orang lain!

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa

    Setidak-tidaknya keluar dari mulut mereka. Itu pun setelah rakyat dimabukkan dan dicelarukan fikiran sehingga segala manusia Malaysia melatah termasuk Tok Peti yang sewel!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa