Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 14, 2010

Setan Yang Mendapat Nama Di kalangan Manusia

Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC

GOMBAK: Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu.

“Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti,” kata Murugiah.

Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat.

mStar

3 comments:

  1. Ya...betul2...gelaran 'Datuk' tu kena semak kesahihannya..manalah tau 'datuk pembunuh'...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Seribu kali sayang, Datuk tersebut belum sempat masuk MIC. Kalau tidak dah tentu boleh "slow talk" Sama Malu untuk gugurkan tuduhan atau kes. Nak harap Musang Ah San hapus bukti pun beliau dah pencen. Di Malaya ni, masuk gerombolan, dijamin selamat. Itulah sebabnya dalam BN, para pemimpinnya cukup liat nak tinggalkan jawatan, takut masuk tirai besi. Itulah dalam BN, macam-macam ada......

    ReplyDelete
  3. tetiba aje ada cerita drp pemimpin MIC - dah mmg dasar BN kot suka aje heboh, publisiti, yek?

    meluat (baca: getik) pun ada... tapi lantak la.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa