Ramai Bloggers yang mempercayai yang pertelingkahan dan hentam menghentam antara mereka adalah lakunan. Satu pihak digunakan untuk tarik sokongan Melayu dengan mengguna pakai sentimen perkauman kuno. Pihak kedua pula menggunakan sentimen yang dilirik dan didendangkan oleh pihak pertama sebagai modal cemuhan dan hentaman untuk menarik kembali sokongan dan undi kaum lain yang mereka kehilangan pada PRU12 yang lalu.
Kalau dinilai dengan hati nurani yang terbuka, nampak ada kebenarannya. Kenapa perlu pihak UMNO menngunakan modal siBrahim yang menghentam Nik Aziz sebagai bahan penerangan mereka?
Bijak sangatkah modal Brahim yang dangkal dan berlagak alim sedangkan Brahim adalah buta Arab. Buta Arab adalah buta Qur'an sebagaimana saya juga. Kalau setakat boleh baca dengan tidak tahu maksud sebenar yang tersirat, saya pun boleh sebab kononnya saya khatam pada umur 9 tahun lagi. Khatam pada bacaan bukan pada akal!
Klik pada gambar untuk besarkan
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa