Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 10, 2010

Kami Sambut Aidil Fitri Dengan Pemergian Bubble

Awal pagi tadi Bubble, Arnab kesayangan Adik telah mati akibat dari Penyakit Cirit Birit. Bubble mati walau pun hanya dalam satu hari Bubble menghidapnya, dan telah pun diberikan ubat cirit dan antibiotik namun dia gagal bertahan dan mati jam 1.30 pagi tadi di ribaan Adik.

Masih comel walau pun dah jadi Bangkai

Sedih kehilangan Bubble satu hal dan yang lebih mengharukan bila anak sendiri menangis sambil menggerakkan Bubble yang dah mati supaya bangun sambil merintih kenapa Bubble pergi begitu cepat.

Satu soalan dari Adik kepada saya "Pa, kenapa Allah ambil sesuatu kesayangan dari kita semata-mata untuk memberikan sesuatu pula?"

Macam tidur di ribaan Adik


Hanya satu jawapan saya "Allah menduga kita sebelum mengamugerahkan satu perkara yang lebih baik. Redakanlah Bubble pergi di atas kehendak Allah!"

Tengoklah, macam mana tidak sayu!

Bubble adalah satu-satunya Arnab yang cukup manja dengan Adik. Tidur pun kerap di ribaan adik. Kekadang dia tidak akan tidur kalau adik tidak meribanya walau pun umurnya sudah menjangkau 6 bulan.

7 comments:

  1. Selamat Hari Raya. TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal ‘aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya ma'af zahir dan batin dan selamat mendapat Sultan yang baru

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin buat Pak Din sekeluarga.

    Takziah atas pemergian Bubble. Terimalah ia dengan redha.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Semoga yang pergi dan yang datang dapat menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah.

    ReplyDelete
  5. Tuan perpatah kata...
    yang patah akan tumbuh
    yang hilang akan berganti....
    Buat tuan sekeluarga Salamat menyammbut Aidilfitri yang mulia walaupun di sambut dengan kehilangan Bubble kesayangan..
    entah kenapa tiba2 hati tergerak ke halaman kenangan ni halanan yg satu ketika dulu sering singgah disini.....
    Salam dari sakura & suami dari Brunei Darusalam.
    Salam juga buat teman2 yang mengenali sakura.

    Kasih sayang dari sakura n suami.

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Din,
    baru berangan-angan nak jumpa Bubble...sedih...
    Harap adik tabah dan sabar, kehilangan sesuatu kesayangan amat perit, hanya redha pengubat kesedihan.

    ReplyDelete
  7. Salam pak din. sian kat adik...mmg mudah dapat yang baru tapi takkan sama dengan yang lama...

    wahhh kak sakura sempat tinggalkan komen walau sedang beraya di Brunei bersama suami...selamat hari raya kak sakura. jangan lupa beraya ngan kami pula di sini ya..:)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa