Selama ini PKR sudah melahirkan banyak Katak-Katak yang mengotorkan "Kolam Harapan Rakyat". Nasib baik katak-katak ini bukan jenis bertaring walau pun ada yang "Bermulut Busuk" tetapi tidaklah sehingga meloyakan membawa muntah!
Cuma satu harapan saya, "Jangan kuburkan harapan Rakyat kerana Jawatan"
Di bawah ada petikan dari mk
'Apakah saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba?'
Sambil meluahkan rasa kecewanya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ketika diterima masuk PKR setahun lalu, beliau digelar sebagai wira, tetapi tetapi setahun kemudiannya "saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno".
Dalam satu kenyataannya hari ini, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata sejak beliau mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini".
"Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Zaid yang mengumumkan semalam hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden, bimbang selepas pemilihan parti nanti, beliau akan ditimpa nasib seperti yang dialami Tun Ghafar Baba pada 1993.
"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.
Katanya, jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi timbalan perdana menteri waktu itu.
"Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk," tegas Zaid dalam satu kenyataa.
Berikutan adalah kenyataan penuh Zaid: Baca lagi di sini
perangai umno di mana mana
ReplyDeletemr edz
ReplyDeleteBaka mereka dari situ!
Salam Pak Din,
ReplyDeletesaya pernah terjumpa Tun Ghaffar Baba semasa mendapatkan rawatan untuk anak Di hospital Ampang Puteri. Baik dan ramah orangnya. Siap tegur anak saya yang masih bayi ketika itu. Saya cuma tersenyum dan mengganggukkan kepala kepada beliau. Malu dan siapalah saya ini. TETAPI jauh di sudut hati saya, saya amat kasihan terhadap nasib beliau, dijatuhkan dengan cara memalukan. Walaupun saya ini tidak aktif dalam mana-mana parti politik, tetapi saya mengikuti perkembangan politik di Malaysia dengan penuh minat. Jadi, saya tahu sedikit sebanyak sepak terajang politik.
Ada akal, guna dan fikir. Menghalusi sedalam-dalamnya apa yang berlaku di sekeliling dan siapa yang musang siapa yang ayam. Orang macam saya ramai sebenarnya, kami tidak memilih parti tetapi memilih keperibadian calon yang betul-betul menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat. So, berhati-hati wahai ahli UMNO, PAS , PKR dsbg. Anda semua sedang diperhatikan. Tersilap langkah dalam menunaikan sumpah, terimalah nasib anda di PRU nanti.
W'salam melur
ReplyDeleteYang paling tidak menyenangkan ialah mereka lebihkan survival politik dari pentadbiran dan kebajikan rakyat. Terlalu banyak politiking!
I guess you will want to get a twitter icon to your website. I just bookmarked the blog, however I had to make this manually. Simply my 2 cents.
ReplyDelete