Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 23, 2010

Raja Negeri Ambo...

Tuanku Faris guna gelaran Sultan Muhammad Ke-V


Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

"Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.

Katanya penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Katanya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Beliau berkata gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

"Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan kerajaan negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi," katanya.

Sementara itu, mengenai pemashyuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, beliau berkata Al-Sultan Kelantan tetap menjalankan tugas baginda sebagai ketua negeri seperti biasa.

"Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

"Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa," katanya mengulas petisyen yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 20 Sept lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan baru, tidak mengikut perlembagaan.

Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar, di Kota Bharu pada 13 September lalu.

Berhubung laporan polis yang dibuat Istana Kelantan semalam berhubung beberapa salinan dokumen palsu berkaitan pengurniaan darjah kebesaran negeri oleh pihak tidak bertanggungjawab, Abdul Halim berkata pihak terbabit telah memalsukan namanya dan tandatangannya untuk menipu mangsa kononnya mereka mempunyai hubungan dengan saya untuk mendapatkan darjah tertentu daripada Istana Kelantan, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kuasa untuk mengurniakan darjah," katanya. - Bernama

Pakailah apa saja Nama atau Gelaran, Rakyat Kelantan tetap di belakang Tuanku selagi di Hati Tuanku ada Allah, Rasulallah dan Alqur'an.

Allahu Akbar...
Allahu Akbar...Allahu Akbar...!

4 comments:

  1. Allahuakbar!
    Allahuakbar!
    Allahuakbar!

    Moga Sultan Kelantan sentiasa dirahmati Allah..

    Buat Tengku Anis dan Fakhry serta yang sealiran dengannya, sudah-sudahlah.. Terimalah hakikat..

    ReplyDelete
  2. Kalau beginilah keperibadian Sultan nya, aku orang Perak pun sedia mengaku menjadi rakyat Kelantan. Bolehkah tukar kod dalam MYKad? Peribadi Tuanku Sultan ni memang akan menjadi idola dan sanjungan sebagai ketua agama dan pemimpin tertinggi negeri. Aku jamin, walau 100 tahun akan datang pun, rakyat tetap menyokong kewujudan Institusi Beraja ni, selagi Tuanku benar-benar istiqomah dan ikhlas terhadap rakyat jelata. Negeri lain aku tak jamin, sebab mereka sendiri lah yang suka menjatuhkan status mereka di mata rakyat, bukan rakyat. Kalau tak silap, Indonesia dahulupun ada juga Kesultanan (raja), tetapi kini dah tinggal kat muzium... mungkin sebab yang sama kot?

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar!
    Allahuakhbar!
    Allahuakhbar!

    kita sudah mendapat sultan baru..

    tahniah bt along.. dh bertunang pun dia..

    t raya di rumah suami di kg. bukit abal, pasir puteh tahun ini uncle.. meriah raya di sana.

    kirim salam pada auntie ye?

    ReplyDelete
  4. tak reti nak tulis dan tak reti nak royat..cuma satu perkataan saja yang saya nak goyat...SEJUTNYA HATI JADI RAKYAT KELATE

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa