Lanjutan dari N3 ini, saya terimbas kembali satu peristiwa sedikit masa dulu semasa Dato' Zaid menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
Pada suatu petang seorang sahabat berkunjung ke rumah saya. Bila saya buka pintu pagar, beliau yang datang dengan kereta keluar dari pintu sebelah kiri. Bukan dari pintu untuk Driver.
Saya tanya dia "Eh, kenapa keluar ikut pintu penumpang? (sambil gelak)
"Pintu aku rusak, tak boleh buka dari dalam!" Jawabnya.
Kami masuk ke rumah saya dan duduk di ruang tamu sambil sama-sama senyum.
"Mud, kau nak baiki pintu kereta mu tu tak? Saya bertanya menduga
"Aku tak ada duitlah, mana nak baiki?" Jawab Mahmood yang saya panggil Mamood atau Mud saja.
"Ok, kalau nak baiki, lepas Isya nanti datang sini dan kita pegi cari duit" Kata saya selamba.
"Aik, senangnya nak duit. Oi... dekat RM lima enam ratus baru cukup, bukan RM60 oiii..." Dia macam tak percaya.
"Nanti kita tengoklah, kamu datang saja malam ini" Jawab saya
Malam itu jam 9.00 Mamood datang dan saya membawanya ke rumah Dato' Zaid yang kebetulan beliau ada di rumahnya di Kota Bharu.
Setelah berikan salam dan kami dipelawa masuk oleh Dato' Zaid sendiri (ketika itu belum Dato' lagi) dan saya perkenalkan Mahmood, kami bersembang santai.
Di dalam sembang tu, saya celahkan cerita bagaimana siMahmood ke rumah saya petang tadi keluar ikut pintu kiri.
"Apa kena dengan pintu kanan?" Tanya Dato' Zaid
"Rusaklah tu Boss!" (kami selalu panggilnya "Boss" sebagai ganti nama)
"Oooh.. " itu yang keluar dari mulutnya bersahaja tanpa apa-apa emosi.
Setelah pergi ke hulu dan ke hilir di dalam perbualan, saya minta diri untuk balik. Tiba-tiba Dato' Zaid panggil Mahmood masuk ke sebuah bilik bersebelahan bilik tamu tempat kami bersembang.
Lepas seketika Mahmood keluar dengan senyum dan Dato' Zaid juga keluar dengan mimik muka kepuasan. Kami bersalam dan pulang.
Di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah saya, saya tanya Mahmood "Kenapa Dato' panggil kamu masuk bilik?"
"Dato' berikan aku RM1,000 untuk baiki pintu kereta" Jawab Mahmood.
"Mak oiih, banyaknya!" Komen saya. Mahmood hanya senyum.
Masa itu tidak ada apa-apa aktiviti politik. Lagi pun kalau ada pertandingan politik pun siMahmood bukanya Perwakilan yang boleh menyumbangkan undi!
Jadi pemberian duit itu di dalam kategori Rasuah atau sumbangan/Sedekah? Rasanya duit itu tidak ada kena mengena dengan politik atau rasuah politik walau beliau memang Orang Politik.
Tapi siMahmood ini pun satu hal. Dua minggu selepas itu siMahmood ke rumah saya lagi. Pada kali ini pun masih keluar ikut pintu kiri.
"Aik, keluar ikut kiri lagi?" Tanya saya.
"Duit tu dah habis, tak sempat baiki pintu" Jawab Mahmood selamba.
"Uumhh... lantak kamulah Mud. Kereta, kereta kamu, yang susah pun kamu. Bukannya aku" Jawab saya.
Salam Pak Din,
ReplyDeleteMudah dapat, mudahlah habisnya...
W'salam melur
ReplyDeleteTapi orang sedekah untuk tujuan lain. Perkara lain pula dihabiskannya.