Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 8, 2010

Kesian Dia

Manusia yang menghina Hudud, Menghina Nabi masih belum taubat kot?

Hari ini menuduh orang lain pula menggunakan Agama untuk politik

Kesian, orang lain yang menghampiri senja sibuk bertaubat, tapi dia lagilah ligat membelit!


Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas, yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, katanya, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengetepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata, pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

“Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

“Umpamanya, isu ternakan babi dekat kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya dalam wawancara khas bersama :UMNO-Online: yang dipetik laman portal itu di sini, semalam.

Mahathir berkata, golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Petikan dari SH

22 comments:

  1. kasihannnnnnnnnnnn........
    masih tak tau dek untung......
    akhirat lebih utama dari kemegahan dunia.........

    biarkan biarkan

    ReplyDelete
  2. Salam Akhir Ramadhan dan Salam Syawal buat Ayahanda sekeluarga.

    Mamak Det tu, Allah SWT simpan nyawa dia bagi panjang supaya senang di campakkan ke neraka.

    Buktinya seperti apa yang berlaku sekarang ini...

    ReplyDelete
  3. salam Pak Din.... Dlm plan saya sekeluarga raya ni nak ronda pantai timur sambil shoot keindahan panorama kt sana.... Kalau dapat jumpa Pak Din best juga ni boleh berkenalan lebih rapat lagi.... macam mana nak ctc Pak Din?

    ReplyDelete
  4. syidad

    Entahlah. kenapa hatinya gelap sangat?

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa

    Kesian dia.. sama-samalah kita doakan supaya dia sedar. Jasanya pun untuk negara banyak juga.

    ReplyDelete
  6. muraisenja

    Kemungkinan tu ada sebab kadang-kadang pandangan bertentangan dengan apa yang dia telah lakukan.

    ReplyDelete
  7. muraisenja

    Kalau terlajak ke sini, memang Pak Din nak jumpa. Kita kumpul bloggers Kelantan dan berkenalan.

    ctc Pak Din melalui H/P di sibe bar kanan. HiGoat tu!

    ReplyDelete
  8. manusia mengenang budiSeptember 9, 2010 at 5:14 AM

    yang lebih kesian si tukang kutuk xde apa pun jika nak banding kurniaan nikmat yg Allah telah berikan kepada tdm sepanjang hayatnya. tinggi sungguh darjat Allah angkat sehingga takdir mengizinkannya bukan setakat mencium hajarul aswad byk kali, bahkan sampai qada' dan qadar Allah membolehkan beliau masuk ke dalam kaabah. satu2nya pemimpin Islam luar timur tengah yg diberi pengiktirafan sebegitu besar. Maha Suci Allah, semakin banyak kau di kutuk tdm, semakin besar rahmat Allah pada tokoh negarawan yg disanjung oleh 57 negara islam yg tiap satu negaranya ada masjid atau musolla yg menggunakan namanya. siapalah anda utk mengutuknya. kasihan anda.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  9. salam,

    saya pun taktau nak komen apa kerana saya pun hamba Allah yang naif, semoga Allah merahmati seluruh umat Islam..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  10. kalau kita mengenang budi, budi siapa yg sangat patut dikenang?? fikir2 kan....

    ReplyDelete
  11. budi lanchow lu la, bolehkah budi menghapus dosa menzaliumi dan membunuh??? atok aku pon pandai buat itu ini kalau jadi pm.... bukan susah cuma keluarkan arahan, perlaksanaannya orang lain yang buat. duit pon bukan dia punya, semua hasil negara dan rakyat, dia cuma penyamun aje!!! jangan marah la kepada yang mengenang budi, mungkin mamak tu ada berbudi secara peribadi kat lu kot? tu pasalla taik dia pon lu mau makan!!! bagi keluarga dan waris yang pernah dizalimi, nak kenang budi kepala pantek apa????

    ReplyDelete
  12. Salam,
    saya sebagai orang melayu dan islam rasa sedih apabila ada manusia sebangsa dan seagama dgn saya menghina pemimpin negara sendiri sehingga sanggup berkata tuhan memanjangkan umur tdm untuk di masukan ke neraka.

    Apa perasaan dia sekiranya orang lain berkata ibubapanya dipanjangkan umur utk dicampakkan ke neraka kemudian, mengucaplah banyak2, kita harus banyak bersyukur semasa zaman Tun Dr Mahathir lah negara kita maju, rakyatnya dihormati, orang melayu pun ramai yg hidup senang, walaupun ada juga kesilapan dilakukan, harus ingat beliau hanya manusia biasa.

    Saya berharap tuan blog dpt berlapangkan dada jangan terlalu mengikut emosi terlalu membenci seseorang itu, mungkin orang yg kita benci lebih mulia disisi allah daripada kita.

    ReplyDelete
  13. Semoga TUN di berikan hidayah oleh Allah sebelum ajal menjemput,dan semoga kita juga diberi peluang bertaubat sebelum di panggil menghadapNya.
    Selamat hari raya dari ijoks2009.blogspot.com.
    Maaf zahir batin.Harap halalkan segala ilmu yang saya ambil dari blog ni selama ini.

    ReplyDelete
  14. Tun sorang ni dah jadi liabiliti kepada UMNO & negara nampaknya. Dulu tak lama pun dulu dalam 7 8 tahun dulu dia lah hebat. Sampai majoriti Melayu UMNO & rakyat anggap dia macam dewa, tak mungkin silap percaturan. Kini? Ya ada la sekerat 2 Melayu yang konon 'peminat' Tun & 'mengenang jasa pemimpin' sanggup rapat dengan dia.

    Weh semua, tolong doakan dia insaf daripada salah laku dia sebagai pemimpin lagi bagus daripada terus menerus ampu dia. Bukan apa selagi ramai ikut ekor (& perangai) dia tak mungkin sedar diri, kubur jemput mari, dunia kata pergi. Apa nak sibuk hal politik UMNO & negara lagi sebab dia dah pun DID his best/ part. Cukup la.

    mmm...to be fair & if am 2b honest, ucapan yg sama kpd semua pemimpin yg uzur & lama berkhidmat seperti TGNA, LKS, Karpal dll. Rehat la. Bagi la lapis baru pula berkerja untuk rakyat.

    ReplyDelete
  15. manusia mengenang budi

    Manusia yang rusak Imanya akan mendapat rahmat ke?

    Kau belajar agama dari mana?

    ReplyDelete
  16. Anonymous

    Sama-sama kita berdoa agar Allah peliharakan iman dan tetap mengesakan Allah.

    ReplyDelete
  17. abe awe

    Budi? Barapa juta abe awe dapat darinya. Kalau setakat menjadi pemimpin, itu tugasnya memakmurkan negara. Tapi makmurkah Malaysia di bawahnya?

    Kaya rayakah rakyat keseluruhannya selain dari kroni dan anak beranaknya?

    ReplyDelete
  18. Anonymous

    Manusia yang menghina rasul dan Alqur'an itu mendapat rahmat dan muliakah di sisi Allah?

    kalau ye pun nak memuji, bersandarkah sikit kepada Hukum!

    ReplyDelete
  19. W'salam anakanda ijoks2009

    Memang kalau pun ada ilmu di blog ini adalah untuk dikungsikan.

    Betul anakanda, sama-samalah kita bermuhasabah diri dan sentiasa bertaubat supaya kita tidak mati di dalam keadaan dosa menghina Nabi, Al quran dan Hukum Allah!

    ReplyDelete
  20. Hanz Newman

    Uncle setuju dengan pandangan Hanz

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa