Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 27, 2014

Imej satelit: China minta maaf, kenapa Malaysia tidak?

Khamis, 27 Mac 2014 08:38
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikai cadangan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang ingin menaiktaraf radar yang ada dalam negara ini ekoran kehilangan pesawat MAS MH370.

Katanya, kesilapan utama dalam insiden tersebut adalah kegagalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk segera bertindak sejurus pesawat tersebut hilang dari radar.

"Dalam kes MH370 ia bukan disebabkan oleh kegagalan radar, malah radar masih berfungsi dan dapat mengesan pesawat tersebut sehingga ia hilang.

"Kesilapannya adalah kegagalan DCA bertindak segera selepas ia dikesan, DCA yang masih menunggu tanpa memaklumkan insiden tersebut kepada agensi-agensi lain termasuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM)," jelas beliau pada sidang media di lobi parlimen.

Katanya, TUDM dapat mengesan pesawat melalui radar yang mereka miliki, namun perkara itu tidak dimaklumkan awal menyebabkan mereka tidak mengambil perhatian yang serius.

"Jelas semua radar berfungsi dengan baik, kalau kita naik taraf radar dengan teknologi yang canggih tetapi kita tidak bertindak segera keputusannya tetap sama seperti hari ini.

"Apa yang penting sekali adalah kecekapan kita untuk bertindak dan bukannya hanya menanti beberapa jam baru melaksanakan pelan bertindak," katanya.

Beliau yang tidak mahu insiden ini digunakan oleh kerajaan untuk berbelanja berbilion ringgit dalam menaiktaraf radar sedangkan sistem radar yang dimiliki sekarang dapat berfungsi dengan baik.

Khalid yang juga meminta agar Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan tampil memohon maaf kepada seluruh keluarga penumpang dan juga Kerajaan China atas kesilapan bertindak lebih awal sejurus ia hilang dalam kesan radar.

"Kalau Kerajaan China boleh mohon maaf atas kesilapan maklumat dari imej satelit, kenapa tidak Kerajaan Malaysia yang perlu mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

"Ini bagi mengembalikan keyakinan negara luar dan rakyat negara ini," sambung beliau. -sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa