Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 29, 2014

MH370 - Waris Mangsa Mengamuk: Kenapa Tak Tepuk Dahi Tanya Hati?

Wajarkah kita salahkan mereka dan Anwar di kala menteri sibuk buat U-Turn dan madah berhelah di hadapan media dan parlimen?
MH370: Malaysia merupakan spekulator nombor satu
08:30PM Mac 28 2014
SEKILAS PANDANG: Sudah masuk hari ke 21 bagi pencarian MH370. Misi mencari yang disertai 26 negara tidak menampakkan hasil. Cuacu buruk di Lautan Hindi sudah tentu menyukarkan lagi misi tersebut.
Ya, kita mencari serpihan. Tiada sebarang bukti bahawa ia ada kaitan dengan pesawat MH370 sebenarnya.
Namun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac mengumumkan bahawa pesawat itu telah menamatkan penerbangannya bersama 239 penumpangnya di tengah-tengah Lautan Hindi.
Sesetengah pihak mempertahankan Najib, kerana beliau tidak mendakwa MH370 terhempas di Lautan Hindi itu.
Mereka seakan mahu mengenepikan laporan media yang didakwa tersalah tafsir kenyataan Najib.
Jadi kita tanya mereka, “Bagaimana anda memberi tafsiran kepada ‘Pesawat MAS menamatkan penerbangannya bersama 239 penumpangnya di tengah-tengah Lautan Hindi’?”
Pengumuman Najib mendapat reaksi berbeza daripada keluarga penumpang daripada China dan Beijing yang merupakan majoriti penumpang pesawat tersebut. Mereka jelas marah.
Sambil menempelak Najib dan kerajaan Malaysia, mereka mendakwa pihak berkuasa Malaysia “penipu” dan kerap memberi maklumat bercanggah tentang nasib MH370.
Pada 26 Mac, 200 ahli keluarga dan waris penumpang berarak ke bangunan kedutaan Malaysia di Beijing bagi menuntut MAS dan Putrajaya menjelaskan apa sebenarnya berlaku.
Mereka bertempur dengan pihak polis yang membuat benteng manusia di luar bangunan kedutaan sambil melaungkan slogan kerajaan Malaysia “pembunuh”.
China mempersoal keabsahan maklumat yang diperoleh daripada satelit bagi membuat kesimpulan pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi.
Boleh kita salahkan mereka yang tidak mempercayai pihak berkuasa Malaysia? Timbalan menteri kita pula sibuk membuat pusingan U berhubung isu ketenteraan di Parlimen.
Datuk Abdul Rahim Bakri, timbalan menteri pertahanan menjelaskan dan mengaku kenyataannya di Parlimen tidak tepat. Tidakkah beliau tahu rakyat Malaysia dan dunia tidak lagi dapat menerima kenyataan tidak tepat?
Adakah Najin telah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat pengumuman “Pesawat MAS menamatkan penerbangannya bersama 239 penumpangnya di tengah-tengah Lautan Hindi”?
Apa pula maklumat terbaru tentang misi menyelamat? Satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di kawasan yang kini menjadi tumpuan.
Apa maksudnya? Selama inipun banyak objek terapung didakwa dikesan.
Sehingga mereke menemui bukti konkrit serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi, kenyataan Najib nampak seperti tidak tepat pada masanya.
Pegawai pertahanan Australia di dalam mengulas kenyataan Najib berkata, “ia bersifat spekulasi” - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa