Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 30, 2014

MH370: Pasangan Philip Wood Berkongsi Harapan Dengan Hishamuddin

Saya dan seluruh rakyat juga bersama manaruh harapan dan berdoa semoga pesawat tidak terhempas dan semua crew dan penumpang selamat tak kiralah mereka diculik atau pun sebaliknya
Hishamuddin juga memberi jaminan yang harapan masih adaselain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Pada saya massege dan gambar yang dikatakan telah dikirim oleh Wood perlukan penelitian dan pengesahan pakar tentang ketulinan dan dari mana ianya dihantar serta pihak berkuasa bertindak tanpa melindungi sesiapa sama ada kerajaan atau individu

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Mac 2014
Sarah Bajc di temubual dalam BBC News.

SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa