Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 24, 2014

MH370 - Terkini: SAR Lapor Lebih Banyak Visual Objek Dilihat

Pada akula...aku tak yakin yang MH370 terhempas di laut
Yang aku bimbang kita dikencing oleh US dan kuncu-kuncunya

Pasukan Cari MH370 Lapor Lebih Banyak Visual Objek Dilihat
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari antarabangsa melaporkan lebih banyak visual objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
"Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian," kata pemangku Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Objek itu tidak dikenal pasti dan masih belum lagi konklusif untuk dikaitkan dengan MH370."
Beliau juga berkata, tentera laut Australia HMAS Success mengesan dua radar yang menyasarkan di kawasan pencarian, tetapi tidak dapat mengesan objek berkenaan.
Hishammuddin turut berkata, pesawat mencari dari China dilaporkan melihat objek dalam kawasan pencarian Australia.
Bagaimanapun, beliau berkata "objek-objek ini bukan di kawasan objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Australia pada minggu lepas".
Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott , mengatakan bahawa pesawat carian mengesan dua objek di dalam kawasan pencarian Australia, iaitu satu empat segi panjang dan satu bulatan.
"HMAS Success berada di kawasan itu, dan objek itu mungkin boleh diambil dalam beberapa jam yang akan datang, atau paling lewat menjelang pagi esok," katanya. - sumber

2 comments:

  1. Sangat payah sekali untuk saya menerima atau mempercayai kata2 puak Australia ni....kononnya jumpa objek terapung oleh satellite tetapi apabila mencari dng kapal...objek TIDAK ditemui!!!! It is a wild goose chase just to distract our attention from something big that involves Us and its allies!!!!
    Tak masuk di akal yg MH370 berada di kawasan tersebut....jauh dari Malaysia!! ...walaupun kalau diambil kira ocean current, prevailing winds, endurance of the aircraft etc!! Wallahuallam!

    ReplyDelete
  2. Agak logik juga jika badan pesawat boleh berada di lokasi yg dimaksudkan, mengambilkira beberapa faktor;
    a) Pertamanya pesawat membelok di Igari dan menuju ke HO.
    b) Pesawat masih lagi boleh melayang kira2 30-40 minit, selepas kehabisan minyak bergantung kpd momentum, ketinggian, kecekapan pilot, halaju angin dsb.
    c) Arah pesawat MH370 bergerak melawan arah putaran bumi.
    d) Tolakan angin dan gelombang laut yg sentiasa bergerak tanpa henti 24 jam/hari. Kini telahpun 17 hari.
    dan beberapa lagi variable.
    Maka logik lokasi pesawat di selatan HO itu, bukanlah persoalannya. Apa yg perlu jelas ialah, kenapa terjadi apa yg telah terjadi itu? Misteri yg mungkin tidak akan terungkai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa