Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 21, 2014

MH370 - Selepas ditemui satelit: 12 persoalan Timbul

Selepas ditemui satelit, 12 persoalan timbul tentang MH370
MI - MARCH 21, 2014
Imej satelit mengesan dua objek di selatan barat Australia kira-kira 2,500km dari Perth. Menyertai usaha mencari dan menyelamat Australia adalah Amerika Syarikat, Britain, dan New Zealand. – Gambar Jabatan Keselamatan Maritim Australia, 21 Mac, 2014.

Lima hari selepas satelit berjaya mengesan imej serpihan dan objek daripada pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi dan sehari selepas imej terbaru dikeluarkan pihak berkuasa Australia, CNN mengajukan 12 persoalan berkaitan usaha mencari dan menyelamat pesawat hilang itu di perairan 2,500km dari Perth.
Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu namun hilang dalam perjalanan ke Beijing.
Terdapat 227 penumpang dan 12 anak kapal di dalam pesawat itu.
Pengurus Besar Keselamatan Maritim Australia John Young berkata semalam, objek yang ditemui itu berukuran sekitar 24 meter.Pagi ini, Australia menyatakan kerja pencarian objek yang ditemui di laut akan diteruskan.
Kapal dan pesawat dari Amerika Syarikat, United Kingdom serta New Zealand akan menyertai kerja pencarian yang diketuai Australia.
Berikut adalah 12 soalan berkaitan kehilangan MH370:
Bilakah akan dapat diketahui serpihan yang ditemui di selatan Lautan Hindi itu milik MH370?
Imej satelit serpihan diambil pada Ahad namun masih belum disahkan milik MH370, bagaimanapun ia dilihat sebagai perkembangan baru dalam penyiasatan pesawat hilang itu setakat ini.
Satelit merakam gambar dua objek tersebut kira-kira 23km antara satu sama lain. Kawasan berkenaan jauh dari laluan pesawat komersial.
Mungkinkah serpihan pesawat masih terapung?
Salah seorang penyiasat kemalangan udara terkemuka dunia, Remi Jouty yang merupakan ketua Biro Siasatan dan Analisis Kemalangan Air France berkata pesawat hilang mungkin tidak ditemui jika karam di Lautan Hindi, katanya dipetik dari Financial Times.
Ini disokong oleh Steve Wallace, bekas pengarah siasatan kemalangan di Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat yang berkata jika pesawat terhempas di lautan, serpihan besar tidak akan terapung sekarang, katanya kepada CNN.
Hanya serpihan ringan seperti jaket keselamatan dan tempat duduk sahaja mungkin terapung. Struktur pesawat tidak boleh terapung selepas beberapa hari  jatuh ke permukaan air, katanya. 
Adakah pesawat itu terbang jauh?
Salah satu teori mendakwa pesawat itu dirampas. Namun penemuan serpihan di kawasan yang jauh dari laluan MH370 seperti kecemasan berlaku dalam pesawat dan anak kapal cuba berpatah balik.
Komplikasi mungkin tercetus dan menyebabkan anak kapal tidak sedarkan diri, akhirnya pesawat terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.
Mitchell Casado, jurulatih penerbangan simulasi Boeing-777 berkata kehabisan minyak merupakan satu kebimbangan.
"Terdapat beberapa kemungkinan," katanya kepada CNN.
"Dengan pesawat sepanjang ini, ia memerlukan lamdasan panjang yang sesuai dengan lapangan terbang. Terdapat pulau kecil berkemungkinan untuk pendaratan tetapi ia amat menyukarkan. Maka saya lebih bimbangkan mengenai kehabisan minyak."
Pesawat 777 dengan tangki penuh boleh terbang sehingga 16 ke 18 jam, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh pesawat 370.
Kapal dan pesawat dihantar sudah ada di sana. Apa yang mereka temui?
AMSA, sebuah agensi yang menjalankan kerja mencari pesawat itu di perairan berhampiran Perth berkata empat pesawat diterbangkan ke kawasan pencarian semalam, namun tiada apa-apa yang ditemui.
Kapal kargo Norway yang turut sama dalam pencarian petang semalam tidak menjumpai petunjuk meskipun dilakukan sehingga lewat petang.
Cuaca buruk melengahkan lagi kerja mencari. China dan Malaysia akan turut menghantar kapal.
Jika bukan MH370, apakah objek itu?
CNN berkata objek itu boleh jadi sesuatu yang besar dan boleh terapung.
Arus bergelora di Lautan Hindi boleh memerangkap semua serpihan terapung. Jika objek berkenaan bukan sebahagian daripada MH370 maka ia mungkin kontena yang jatuh dari kapal.
Namun, CNN berkata kawasan tersebut jauh dari laluan kapal dan objek berkenaan sekitar 24meter yang merupakan dua kali lebih panjang daripada kontena kapal.
Jik ia MH370, bolehkah lokasinya di Lautan Hindi menggambarkan apa yang berlaku pada pesawat itu?
Robert Goyer, ketua pengarang majalah penerbangan dan juruterbang jet komersial dipetik CNN sebagai berkata: "Lokasinya boleh menggambarkan beberapa parameter yang penting. Kawasan di mana penyelamat mengharapkan adanya petunjuk berada 6,400km di mana kali terakhir pesawat dihubungi".
Petunjuk paling jelas adalah bahawa ia terbang untuk beberapa jam.
Apa yang ditunjukkan imej satelit?
Dua objek - satu 24meter panjang dan satu lagi hanya 5meter.
Young daripada AMSA berkata, "Pakar bersetuju imej tersebut menunjukkan kredibiliti dan pada saya ia merupakan saiz yang munasabah dan mungkin juga tenggelam timbul.
Bilakah imej satelit itu dikeluarkan?
Ia diambil oleh sebuah syarikat pengimejan satelit, DigitalGlobe pada Ahad.
Kenapa baru mengedarkannya sekarang?
Lautan Hindi agak terpencil yang meliputi 20% permukaan bumi. AMSA berkata ia mengambil masa empat hari untuk memperoleh imej itu berikutan bilangan imej yang dicari dan proses yang berikutnya.
Bagaimana mereka mengetahui kawasan itu?
Penyelidik percaya perairan 2,500km dari Perth merupakan kawasan di mana pesawat itu dijumpai.
Kebarangkalian matematik mengecilkannya kepada kawasan seperti satu dataran dan di situlah imej berkenaan diperoleh.
Siapakah yang mengetuai kerja pencarian?
Australia mencari di kawasan berkemungkinan di perairannya yang meliputi sebahagian besar selatan Lautan Hindi. Malaysia kekal dalam mengawal semua kerja pencarian.
Berapa lama perakam data penerbangan boleh mengeluarkan isyarat ping?
Dalam saiz lautan itu, sukar untuk menerima isyarat ping daripada perakam data.
Jika kotak hitam atau transponder berada di dasar lautan, air laut boleh menghalang ping dengan memberi kesan terhadap isyarat itu untuk didengar.

Bateri kotak hitam dapat bertahan 30 hari. MH370 hilang masuk hari ke-14. – 21 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa