Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 25, 2014

PRK Kajang: Peratus Keluar Mengundi Rendah Kerana Lambakan Polis?

Mafrel: Tekanan di hari pengundian pengaruhi peratusan keluar mengundi
 | March 24, 2014
Mafrel menasihatkan semua pihak menghormati tempoh bertenang.
marfelPETALING JAYA: Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) berpendapat ketegangan yang dicipta jentera parti dan kehadiran anggota keselamatan di pusat pengundian serta kesesakan lalu lintas berkemungkinan merupakan punca peratusan keluar mengundi di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang menurun.
Menurut pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh, tinjauannya bersama rakan-rakan sukarelawan Mafrel pada beberapa pusat pengundian PRK Kajang semalam masih terdapat jentera parti yang meraih undi di pusat-pusat pengundian walaupun tempoh berkempen telahpun tamat.
Mengambil contoh tinjauannya di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras, Syed Ibrahim berkata laluan trafik di sana sedikit sesak walaupun masih terkawal.
“Seperti biasa, pekerja parti rancak berkempen menarik perhatian pengundi untuk memilih calon mereka walaupun tempoh kempen telah tamat pada jam 12 tengah malam hari sebelumnya.
Di Batu 10 ini, atas nasihat sukarelawan Mafrel yang bertugas, pihak PDRM telah memberi kerjasama yang baik untuk memisahkan penyokong parti daripada berhadapan antara satu sama lain dan dengan itu meredakan ketegangan yang mungkin timbul,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, suasana di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat dimana jalan menuju ke pusat mengundi itu agak kecil, lebih hangat dengan jentera parti berdiri di tepi jalan untuk meraih undi di saat akhir.
“Barangkali kerana emosi yang tinggi dan keterikan panas mentari, saya menyaksikan sedikit kekecohan antara penyokong parti yang bertanding berhampiran pusat mengundi sehingga mengundang kehadiran beberapa trak pasukan polis tambahan (FRU). Di fahamkan di tempat yang sama juga berlaku cubaan ‘menyerang’ Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau telah dilindungi.
“Akibatnya, jalan menuju ke pusat mengundi berkenaan sesak teruk malah difahamkan penduduk di sekitar kawasan pusat mengundi berkenaan juga terjejas apabila pihak polis trafik menutup sebarang kenderaan daripada memasuki jalan menuju ke Sekolah dari jalan besar.
“Lebih malang lagi, ia boleh menjejaskan pemilih daripada mengundi di pusat mengundi berkenaan oleh kerana kesesakan yang melampau, tekanan penyokong parti dan kehadiran pasukan keselamatan yang besar yang boleh dilihat sebagai intidimasi dan menakutkan,” katanya lagi.
Syed Ibrahim turut menyoal kehadiran trak-trak FRU dan Light Strike Force (LSF) di beberapa pusat pengundian.
“Saya bertanya dengan orang-orang parti dan orang awam di situ, apakah ada aduan berlakunya pergaduhan atau keganasan yang menyebabkan FRU datang? Jawapannya tiada malah semuanya tenang.
Pasukan konvoi berkenaan menuju ke pusat mengundi SRK (C) Sungai Chua dan memarkir kenderaan mereka di tepi jalan tetapi selepas lebihkurang 15 minit, mereka pun bergerak keluar kecuali beberapa trak LSF. Apakah itu satu langkah pencegahan dan berjaga-jaga pasukan keselamatan atau satu langkah menakutkan dan mengintidimasi pemilih, terutamanya dalam kawasan majoriti Cina?,” katanya lagi.
Walaupun memahami kepentingan kehadiran pasukan keselamatan di pusat pengundian, namun Syed Ibrahim berpendapat kehadiran pasukan secara berlebihan boleh menjejaskan hak pemilih untuk keluar mengundi secara bebas dan tanpa tekanan atau rasa takut.
Di samping itu, Syed Ibrahim turut menggesa semua pihak untul menghormati tempoh bertenang agar pengundi dapat keluar mengundi dengan tenang.
“Barangkali jika dibuat kajian ‘survey’ mengapakah peratus keluar mengundi rendah (72.1% berbanding dengan 87.9% dalam PRU13), mungkin antara faktornya ialah ketegangan dan kesesakan,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Syed Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyediakan garis panduan yang jelas mengenai ‘pondok panas’ yang disediakan jentera parti bertanding untuk pengundi menyemak nama mereka.
“Tujuannya mungkin baik iaitu untuk membantu pemilih menyemak nama dan saluran mereka dalam daftar pemilih walaupun di dalam pusat mengundi juga tersedia barung SPR untuk tujuan yang sama (pernah terdapat kes nama di luar ada tetapi di dalam pusat mengundi tiada).
“Peraturan tentang pondok panas ini sebenarnya agak kabur. Saya menerima aduan daripada satu parti bertanding yang mengatakan pondok panas mereka telah dirobohkan walaupun ada persetujuan dengan SPR.
“Bagi saya, sama ada ikut benar-benar apa yang termaktub dalam Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilih Raya) 1981 atau sediakan garis panduan yang jelas dengan penguatkuasaan yang adil,” katanya.
Syed Ibrahim turut mempersoalkan mengapa SPR memilih pusat pengundian dalam radius yang sangat berdekatan, merujuk kepada pusat pengundian di Sungai Chua iaitu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua, Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua dan Dewan Orang Ramai Sungai Chua.
“Keempat-empat pusat mengundi berkenaan terletak dalam radius satu kilometer dengan jalan masuk yang sama dan sempit, yang hanya sesuai untuk kenderaan ringan. Mengapakah sehingga empat pusat mengundi dalam kawasan yang berdekatan?
“Mungkin SPR lebih mengetahui tetapi tanggapan saya ialah kerana kawasan berkenaan mempunyai jumlah pemilih yang ramai dan pembahagian banyak pusat mengundi membolehkan pemilih mengundi dengan selesa tanpa perlu berjalan jauh, teorinya. Realitinya, dengan banyaknya pusat mengundi, jalan yang sempit dan penyokong parti yang tegar dan setia berkempen, mungkin teori itu ada baiknya dinilai semula,” katanya.

2 comments:

  1. Satu pandangan yg baik untuk perhatian SPR.Memang sudah jadi "kebiasaan" diPRU Kecil pihak PDRM mencurahkan anggotanya seolah hendak perperang besar.Jalan jadi sibuk dan sempit kerana terlalu banyak kenderaan PDRM.Berjuta wang dihabiskan sekadar buat khemah-khemah yg berhawa dingin untuk PDRM.Rakyat hendak mengundi ala-demokrasi bukan nak bergaduh dan berbunuhah.PDRM sila buat analisa setakad diadakan PRU Kecil berapa ramai yg sudah mati akibat rusuhan? Buatlah kerja yg berfaedah, jangan buang wang rakyat.

    ReplyDelete
  2. Sebab pengundi hantu PRU13 tak datang mengundi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa