Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 22, 2014

MH370: Aku Ingat Lepasan Oxford Ni Cerdik, Rupanya Maksud Tersirat Pun Tak Faham!

Maksud bila kerajaan tak boleh diharap dan dipakai
Media luar terpaksa mencari ketua pemangkang
Mereka bukan tak tahu yang Anwar  banyak yang tidak tahu kerana aktiviti SAR diterajui kerajaan
Khairy hentam Anwar kritik k'jaan isu MH370
Walaupun ditemubual media asing tentang kehilangan pesawat MH370, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu memberikan jawapan berkenaan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Justeru, Anwar tidak perlu berbangga apabila ditemubual media asing atas alasan kepimpinan negara gagal memberi jawapan, kata Khairy yang juga ketua Pemuda Umno.

"Dia bukan dapat jawab (secara) teknikal dan operasi pun," katanya ketika ditemui dalam jelajah kempen Pemuda BN di Taman Seri Sekamat di Sungai Sekamat, Kajang petang ini.

Khairy mendakwa Anwar sebaliknya memanfaatkan ruang daripada temubual itu untuk memburukkan pemimpin negara ketika misi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berlangsung.

"Dia cuma dapat jawab dan cari peluang untuk hentam kerajaan sahaja," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Dalam ceramhanya dua hari lalu, Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Ketua umum PKR itu turut membidas keengganan Parlimen membahas hal itu dan mengkritik sesi taklimat isu itu yang hanya melibatkan ahli parlimen BN di sebuah hotel. - sumber

2 comments:

  1. Tidak ada apa nak siKJ ni banggakan masuk Oxford.Ada duit ada tali nak tarik dapat lah masuk.
    Yang nak kita nilai ijazah apa dia dapat dan kelas apa?

    ReplyDelete
  2. tu pasai tk dapat2 Datuk lagi..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa