KOMEN PEMBACA: “Adakah mana-mana menteri Malaysia atau pegawainya akan memikul tanggungjawab bagi perkara ini? Dengan kuasa yang diberikan kepada anda, tanggungjawab merupakan sesuatu yang anda perlu hadapi.”
Jawapannya “tidak”. Tidak pernah pemimpin di negara ini bertindak pantas dan memikul tanggungkawab. Terdapat pelbagai kemalangan jalan raya, tetapi menteri pengangkutan tidak pernah memohon maaf dan bertanggungjawab ke atasnya. Highland Towers runtuh, ferri karam, bas bertembung, keretapi tergelincir tetapi tiada siapa mahu bertanggungjawab.
Jadi mengapa kita rasa kehilangan pesawat MH370 akan menyebabkan ketua TUDM yang memerhatikan radar bakal meletak jawatan? Atau ketua DAC yang memeriksa barangan mereka yang tidak menaiki pesawat tersebut? Atau Ketua Polis Negara yang tidak berkongsi maklumat dengan imigresen dan Interpol tentang senarai paspot curi? Atau ketua pengarah Imigresen yang membenarkan dua penumpang dengan paspot curi menaiki pesawat?-- Cynic
Richard H Fleming: Soalan yang diutarakan setiap wartawan sewajarnya ialah samada kerajaan Malaysia dan China menyembunyikan maklumat daripada keluarga 239 penumpang pesawat tersebut.
Tidak perlu menjawab kepada CNN, WSJ dan sebagainya. Tetapi keluarga penumpang perlu diberitahu segalanya tentang siasatan yang dilakukan. Jika kerajaan Malaysia berpendapat ia boleh terlepas daripada liabiliti dengan berahsia, maka kita boleh katakan kebodohannya, keangkuhannya, dan ketidakcerdikannya telah semakin teruk.
Reuben Yuvaraj: Terima kasih! Saya rasa apa yang disoal Nooten amat jelas. Saya tidak tahu mengapa ramai yang menempelaknya.
Ali Karim: Hazlan Zakaria, tidak faham mengapa pertahankan seseorang yang tidak wajar dipertahankan. Soalannya tidak relevan bagi isu ini. Dia tersalah bertanya soalan dan ia memang tidak dijangka langsung bagi seorang wartawan - sumber
Komen ini didapati dari artikel “In defence of a fellow journo, Carrie Nooten”.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa