Sebab selepas dua kali mereka buat hal di KLIA mereka buat pula di Teluk Intan
Dan semalam mereka buat kat pulau pulak!
Bezanya kalau kat KLIA dia kata pesawat itu tergantung di antara 3 negara dan dikuasai oleh makhluk ghaib
Dan semalam dia kata jatuh di lautan hindi pulak
Kerajaan tidak arah guna khidmat bomoh cari MH370, kata Jamil Khir
MI - MARCH 27, 2014
Ibrahim Mat Zin bersama pembantunya menjalankan upacara berhubung pesawat MH370 di KLIA awal bulan ini. – Gambar fail
Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan.
"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.
Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya “raja bomoh”, menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.
Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.
"Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.
Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA. Persidangan dewan bersambung Isnin depan. – Bernama, 27 Mac, 2014.
Pooodahhh...ckp berbelit...si jamil khir ni dulu dia yg kata dibolehkan guna bomoh...dasar ustaz bangsat..tuihhh..
ReplyDeleteTeringin sangat nak tengok bomoh ni tampar buaya bekas KM Melaka tu.
ReplyDeletesatelit Msia mcm kapal selam la... belom ade keperluan utk digunakan. Sementara ini... kite gunakan cara tikar terbang, teropong ajaib, bubu dan buah kelapa... kalo bomoh 1Msia Ibrahim Mat Zain (penyokong tegar dari cap kapal layar lagi...) berjaya... Dato Hisab-mu-din kene letak jawatan!
ReplyDeleteJangan temberanglah Jamil. Kau in gat rakyat bodoh ke? Lidah awak suka cakap berbelit2. Kalau orang2 Pas bust sembahyang hajat pohon pada Allah polis buat sibuk macamana bomoh bodoh tu releks2 angkat lukah dan kelapa muda tengah2 orang lalu lalang tanpa diganggu polis? Perangai awak dan Zahid 2x5 saja.
ReplyDelete