Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 30, 2014

MH370: Sekarang Siapa Yang Malu?

Interpol bertindak balas dan dedahkan kelonggaran kawalan Malaysia
08:30PM Mac 30 2014
KOMEN: Sudah tiba masa bagi pihak berkuasa serta pemimpin negara belajar dari kesilapan dan bertindak bagi mengatasi kelemahan mereka. Ini bukan masanya bagi mereka memberi alasan sahaja.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka menerima tempelak daripada pihak yang lebih tahu.

Contohnya apabila Menteri dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merendah-rendahkan jabatan imigresen yang didakwa gagal mengesan dua warga Iran yang menaiki pesawat MH370 dengan paspot yang dicuri.

Zahid memberitahu Parlimen bahawa usaha merujuk Interpol bagi kes sebegitu akan hanya mengambil masa pegawai imigresen dan menyebabkan penerbangan tertangguh.

Kedua warga Iran tersebut menaiki MH370 pada pagi 8 Mac dan sehingga kini masih dicari penyelamat seluruh dunia. Namun, mereka disahkan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas. Tujuan mereka terbang ke Beijing ialah bagi menikmati kehidupan yang lebih baik di Barat.

Pembongkaran ini mengejutkan pelbagai pihak, kerana ia menunjukkan kelemahan kawalan keselamatan negara. Penguatkuasaa juga dipertikaikan.

Interpol tidak setuju dengan komen Zahid dan dilihat bertindak balas. Ia berkata keputusan Malaysia tidak merujuk pengkalan data sebelum membenarkan pengunjung memasuki negara atau menaiki pesawat tidak boleh dipertahankan, malah Malaysia tidak wajar mempersalahkan Interpol.

“Sekiranya ada pihak yang patut dipersalahkan, jabatan imigresen Malaysialah yang perlu diletakkan kesalahan itu,” kata Interpol sambil menambah “pemeriksaa paspot hanya mengambil masa beberapa saat.”

Mungkin hakikat ini diketahui umum dengan penggunaan teknologi masa kini, tetapi malangnya menteri dalam negeri tidak mengetahui tentangnya. 

Interpol yang berpusat di Peranchis berkata pelbagai negara merujuk pengkalan data itu sepanjang masa dalam tempoh setahun.

“Pada 2014, sebelum kehilangan pesawat MH370, jabatan imigresen tidak menjalankan satu pun pemeriksaan pada pengkalan data it,” jelasnya.

“Jika Malaysia merujuk pengkalan data kami, mungkin kedua warga Iran ini akan diketahui secepat mungkin,” tambahnya lagi.

Tindakbalas ini sememangnya sudah dijangkakan kerana pegawai Malaysia kelihatan mahu menyalahkan mereka di dalam usaha melepaskan tanggungjawab.

Kehadiran dua warga Iran itu bagaimanapun mungkin tiada kena mengena dengan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu. Namun hakikat bahawa kelemahan kawalan keselamatan Malaysia telah kini diketahui di seluruh dunia.

Mungkin lebih baik bagi ahli politik kita bertanggungjawab dan bersuara hanya apabila perlu. Tindakan sebegitu mungkin lebih digemari berbanding sikap menyalahkan pihak lain. - sumber

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa