Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 1, 2015

Padah menongkah arus........

ADUN Tanjung Bungah tewas pemilihan, Chow menang
Susan Loone - 
ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang mencetuskan kemarahan parti menyokong usul Umno berhubung isu penambakan laut di DUN baru-baru ini, gagal menempatkan diri di kalangan 15 teratas bagi pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang.
Khabar angin bahawa beliau disokong oleh gerakan pro-BN bagi menjejaskan kestabilan DAP dan kerajaan Pulau Pinang mungkin menyebabkan beliau tewas pemilihan hari ini.
Teh adalah pencinta alam sekitar tetapi keberanian beliau mencadangkan had dua penggal bagi jawatan ketua menteri di DUN juga menyebabkan beliau kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP negeri itu.
Penyandang Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow sekali lagi memenangi pemilihan DAP Pulau Pinang, mengesahkan bahawa pengaruhnya masih kukuh dan tidak dicabar di negeri ini.
Beliau besar kemungkinan dilantik semula sebagai ketua DAP Pulau Pinang.
Exco Perumahan dan ADUN Dato Keramat Jagdeep Singh Deo menang bagi kedudukan undi kedua terbanyak membuktikan sentimen mendiang Karpal Singh masih utuh di hati anggota parti.
Disusuli MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari, calon Melayu yang menduduki tempat ketiga dalam pemilihan parti.
Dengan 766 perwakilan (70 percent turnout) yang mengundi beliau, DAP boleh berkata mereka bukan parti chauvanis Cina seperti yang didakwa sesetengah ppihak.
15 pemimpin lain yang terpilih adalah:
4. Lim Hui Ying
5. Law Heng Kiang (Danny)
6. P Ramasamy
7. Goh Choon Keong
8. Lim Siew Khim
9. Wong Hon Wai
10. Ng Wei Aik
11. Soon Lip Chee
12. Lay Hock Peng
13. Tanasekharan Autherapady
14. Phee Boon Poh
15. Sim Chee Keong (Steven)
Terdapat 48 calon yang menawarkan diri bertanding jawatan kuasa DAP negeri. Lima lagi akan dilantik untuk menjadikannya 20 anggota.

2 comments:

  1. Ini membuktikan pemilihan dalam DAP tidak pakai sistem cai macam dalam muktamar PAS. Sebab itulah DAP dibenci sungguh oleh $$$Seli.

    ReplyDelete
  2. lu pi sokong usul umno apa pasat? umno dulu sudah lulus itu projek, skrg umno juga mahu tangguh...

    ini biasa maa..

    sblm kena tendang, beri projek2 pd kroni2 supaya pengganti tak boleh buat apa2...

    letak syarat2 yg berat sebelah... kira win win lah... itu projek siap pun untung... itu projek batal lagi untung...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa