Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Kaba pun mu deh........ramai hok atah mu, kiri, kanan masih kelabu!

Itu kerja UMNO dari dulu dan selamanya, tabur gula nak bunuh semut bodoh!


Hati-hati dengan perancangan pecah-belahkan Pas – Iskandar

 | December 23, 2015

Abdul Hadi hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah Pas akan bersatu dengan UMNO
Iskandar-Abdul-Samad_hadi-awang_600
PETALING JAYA: Ahli-ahli Pas diingatkan agar berhati-hati dengan perkembangan politik semasa yang dilihat mempunyai perancangan halus untuk memecah-belahkan parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar pada minggu lalu tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah Pas akan bersatu dengan UMNO atau Pas akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
“Pimpinan UMNO pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk `meminang’ Pas.
“Media-media yang selama ini memusuhi Pas atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan Pas telah menjadikan isu ini berita utama mereka. Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti.
“Mereka mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong perpaduan bersama UMNO dan terdapat kumpulan yang menentang. Mungkin agar ahli-ahli Pas bergaduh sesama sendiri,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor menyeru agar ahli-ahli parti itu berwaspada dengan taktik tersebut kerana ‘political move’ dari UMNO itu berkemungkinan terdapat ‘udang di sebalik batu’.
“Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama,” tegasnya.
Perbincangan perpaduan di antara Pas dan UMNO kembali rancak selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk sepentas memakai baju Melayu sedondon pada perasmian pembukaan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember lalu.
Najib dalam ucapannya turut menghulurkan salam perpaduan dengan memetik beberapa potong ayat al-Quran sambil menyeru Pas bekerjasama dengan UMNO.

3 comments:

  1. Bagaimana dengan perubahan besar sikap Pres. PAS yg membisu dgn isu2 besar yg begitu besar impaknya kpd rakyat spt isu 1MDB, RM2.6B, tidak hadir masa pembentangan bajet 2016, berkecuali dan tidak hadir pengundian bajet 2016, pembohongan dengan mengatakan putus hubungan dengan DAP keputusan Muktamar,demokrasi cai,mulut celupar dgn kata2 hina nista, kata2 hina kpd Almarhum TGNA masa beliau berjumpa Tun Abdullah pd 12 Mac 2008, merestui pertandingan 3 penjuru PRU13 yg menyebabkan PR kalah 6 Dun dan 1 Parlimen. Tidak cukupkah lg bukti2 Pres PAS amat rosak akhlaqnya yg selayaknya beliau d tolak segera dari menjadi pemimpin apatah lg memimpin parti Islam.

    ReplyDelete
  2. Apa cakap ni Iskandar? Tuang Presideng dah siap berpakaian sedondobg dengan ketua penyamun dan sudah bersedia untuk menjadi penasihat Sidang Penyamun, tapi kou potong stim pula.... Kita orang tahu kalau PAS Selangor sokong kerjasama UMNO-PAS alamatnya tinggal satu kerusi je la PAS PRU 14 nanti sebab rakyat Selangor bijak memilih dan mampu berfikir, bukannya bangang macam walaun....
    Nasib kau orang lah....presiden dan orang kuat kiri kanan nak sangat bergabung dgn hamno tapi takut menyatakan dgn berterus terang kpd ahli akar umbi takut kena terajang terpelanting serban....akhirnya terpaksa cakap berbelit belit mcm lidah biawak bikin orang keliru.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa