Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 25, 2015

Lantak kamulah labuuu..........!

Kalau rasa kerajaan telus........tentu akan dedah
Kalau kerajaan loose............nasiblah kamu semua pengundi yang cerdik!

'Terpulang jika k'jaan nak dedah maklumat penderma RM2.6b'


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, walaupun pihaknya telah bertemu dengan "penderma" RM2.6 bilion, namun perkara itu akan diserahkan kepada pihak kerajaan sama ada ingin mendedahkannya atau tidak.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim‎ Mohamed mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa SPRM telah berjumpa saksi berkaitan dan pihak yang dikatakan sebagai penderma.
Ini berhubung siasatan berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, kata Abu Kassim, maklumat terperinci berhubung pertemuan bersama saksi dan penderma tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan undang-undang.
"Lebih pada itu tidak boleh diterangkan lagi kerana saya terikat dengan undang-undang yang ada tapi sekadar memaklumkan beberapa orang saksi sudah diambil kenyataan, berapa keterangan dan masa yang kita perlukan dalam siasatan dan sebagainya, itu adalah perkara yang boleh kita buat hebahan kepada umum.
"Tetapi pihak yang ditemui yang dikatakan penderma itu memberi kerjasama baik dan kita telah pun mendapat kerjasama daripada mereka menjelaskan perkara yang kita perlu tahu.
"Saya tidak boleh bagi secara terperinci berhubung penderma itu, satu hari nanti kita akan serahkan kepada pihak Peguam Negara dan sekiranya pihak kerajaan ingin mendedahkan atau menjelaskan kepada rakyat, itu terpulang. Tetapi kerja kita cuba dapatkan keterangan berkaitan," katanya dalam temubual bersama Sinar Harian.
Selain itu, dalam temubual tersebut Abu Kassim turut meminta agar pegawai-pegawainya mempercepatkan siasatan kes yang perlu disiapkan pada tahun ini tanpa mengabaikan kualiti dan merit yang ditetapkan.
Memandangkan kini sudah memasuki penghujung tahun, beliau berharap agar tiada kes yang disiasat dibawa ke tahun hadapan.
Malah, Abu Kassim juga berkata, para pegawai juga perlu bersiap sedia bagi cabaran akan datang memandangkan SPRM turut terkesan dengan pemotongan bajet bagi tahun depan.
"Ini sudah masuk kepada penghujung tahun dan saya minta pegawai-pegawai mempercepatkan kes yang perlu disiapkan pada tahun ini tanpa mengabaikan kualiti dan merit ditetapkan. Kalau boleh, saya tidak mahu kes yang disiasat sekarang dibawa ke tahun hadapan.
"Itu keutamaan hujung tahun ini dan juga kita memberi hala tuju kepada pegawai untuk tahun hadapan. Tahun hadapan SPRM dan kebanyakan agensi lain mengalami pemotongan bajet yang agak besar, iaitu sebanyak RM42 juta, berbanding pada tahun ini kita dapat RM297 juta.
"Penurunan ini agak memberi kesan kita perlu bersiap sedia untuk berdepan cabaran akan datang," katanya.
Abu Kassim turut menyentuh kejadian yang menimpa SPRM pada Ogos lalu apabila terdapat dua pegawainya ditukar ke Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, ketika perkara itu berlaku, beliau tiada di pejabat kerana kesihatannya tidak mengizinkan dan perlu melakukan pembedahan secepat mungkin walaupun ketika itu sibuk menjalankan siasatan.
Walaupun tiada semasa kejadian, namun Abu Kassim bersyukur kerana siasatan masih dapat diteruskan serta mendapat kerjasama dengan mengenal pasti saksi terlibat dan mendapatkan dokumen berkaitan.
"Seperti dinyatakan Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Tunku Aziz semasa memberi maklum balas, apa juga hujahan, penjelasan kepada tindakan yang diambil ke atas pegawai SPRM, perkara yang nyata ialah terdapat satu persepsi, sama ada benar atau tidak, itu perkara kedua tetapi satu persepsi seolah-olah ada satu tindakan untuk menjejaskan perjalanan siasatan.
"Saya tidak mengiyakan perkara tersebut, tetapi ini apa dinyatakan Pengerusi Lembaga Penasihat semasa beliau mengulas perkara itu.
"Tetapi bagi pegawai-pegawai SPRM, kita dapat mengembalikan perjalanan siasatan dan sejak hari itu perjalanan siasatan kita diteruskan sampailah ke hari ini dengan mendapatkan kerjasama dan mengenalpasti saksi-saksi terlibat, dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan," katanya.

4 comments:

  1. Apakah kerana namanya kerajaan maka sebuah BADAN PENCEGAHAN RASUAH Langsung tidak boleh mendedahkan penyelewengan pada umum???

    ReplyDelete
  2. Tak perlulah diadakan siasatan kalau tidak boleh didedahkan hasil siasatan itu, buat penat dan bazirkan wang ringgit saja. Alasan terikat dengan undang undang itu adalah semata mata excuse sahaja.

    ReplyDelete
  3. Butuh la...kalo bole lepas diri dari rasa bertanggungjawab..siasatan utk bersihkan Najib.

    ReplyDelete
  4. Untuk semua penjelasan dan keterangan oleh ketua sprm ini.....

    AKU BAGI JARI TENGAH


    rasa nak muntah hijau atas kerusi dia



    Nina Kharisma

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa