Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Mereka sudah temui sosok sesuai pengganti Hadi?

Tuan Ibrahim-Idris- Iskandar : Abdul Hadi sudah dapat penganti sesuai
22 Disember 2015 | ABDULLAH CHAN

Ia bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kini ia disambut dengan tegas oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Iskandar Samad. Ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS ini membentuk satu barisan suara yang mengambil sikap yang terang dan tidak samar-samar dalam menolak cadangan PAS bergabung dengan Umno.
Mereka bukan sahaja senada. Malah, apa yang tidak dimaksudkan dengan jelas oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijelaskan dengan nyata untuk mematikan helah Umno, yang ketika ini dicemuh rakyat, untuk mengheret PAS untuk turut dicemuh bersama.
Umno kini sudah punah. Sesiapa yang mendekatinya akan juga terkena tempias punahnya.
Tiga ahli PAS ini digambarkan sebagai tokoh pemimpin masa depan PAS selepas Abdul Hadi untuk terus membawa wadah dan prinsip PAS sebagai parti bertunjangkan Islam.
Semalam, dalam kehangatan media perdana dan sebilangan pemimpin PAS cuba memberikan gambaran bahawa PAS sudah sedia bekerjasama dengan Umno, Tuan Ibrahim mengambil langkah berani menuntut Presiden Umno untuk bercuti dan menghapuskan GST yang tidak mematuhi syariat Islam.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Tuan Ibrahim melakukan tuntutan sedemikian tatkala melihat suasana Umno cuba mendekati PAS. Cuma sebelum ini, bekas Adun Jengka ini kelihatan keseorangan di dalam misinya.
Namun kali ini ia berbeza.
Sementara Tuan Ibrahim menghala senapang ke Umno, Idris datang membantunya dengan memberikan kata dua kepada ahli PAS yang inginkan PAS dan Umno bergabung untuk meninggalkan parti itu. Iskandar pula memperingatkan ahli PAS bahawa parti perlu diperkuatkan dan bukannya Umno yang perlu diselamatkan ketika media sibuk melaporkan ke'sedondongan' antara Najib dan Abdul Hadi di Multaqa Al-Azhar yang berlangsung minggu lepas.
Dengan gandingan mantap Tuan Ibrahim-Idris-Iskandar, PAS di dalam keadaan yang baik untuk membawa parti ke depan. Krisis yang melanda kini telah mezahirkan bentuk kepimpinan PAS yang amat menyakinkan selepas Abdul Hadi bersara.
Masa depan PAS kini terletak di bahu Tuan Ibrahim-Idris-Iskandar. Jika mereka teruskan sikap, dasar, gaya kerja dan perwatakan sebegini, PAS boleh kembali ke zaman kegemilangannya.
Abdul Hadi perlu berbangga kerana akhirnya beliau sudah menjumpai barisan kepimpinan baru yang mampu menggantikannya dengan baik.

5 comments:

  1. Jika hd awang x tukarrakyat akn tukar pas...mu tgkla puak pas preideng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi oooi hg pi masuk Umno saja la. Nak tengok takat mana hg boleh nasihat najib. Atas nama individual hg tak dak nilai langsung di mata Umno.jangan musnahkan Pas atas kepentingan individual bernama Hadi awang.

      Delete
  2. Inilah gandingan kepimpinan terbaik utk menerajui pas jika berhasrat utk terus relevan dlm arus perdana politik tanahair, jika tak...........terpulanglah pada ahli2.

    ReplyDelete
  3. Inilah gandingan kepimpinan terbaik utk menerajui pas jika berhasrat utk terus relevan dlm arus perdana politik tanahair, jika tak...........terpulanglah pada ahli2.

    ReplyDelete
  4. Npelh dlm keadaan umno nazak pas pulk hulr tgn tdr sebntl

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa