Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Nik Amar cuba main tektik psiko?

Kah..kah....dia tuduh Amanah nak bantu UMNO?
Tak sedar tel** B**** dia dah digentel UMNO!
Korang baca ni: 'PAS hanya kerjasama, bukan gabung BN'
Juga: Hubungan Hadi-Najib dapat restu PAS Pusat
Dan apa pula ini?

Jadi TPP, 1MDB, RM2.6b, GST dan RUU MKN itu bukan kepentingan ramai/rakyat ke?

Amanah boleh gugat Kerajaan Kelantan
SAPINAH AB GHANI - 23 DISEMBER 2015
KOTA BHARU - Pas tidak menolak keputusan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di negeri akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.

Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan Amanah untuk bertanding di negeri ini akan memberi kelebihan kepada BN kerana akan memecahkan undi.

“Kalau nak bertanding Kelantan, Amanah kena jelaskan alasannya, sebab bila bertanding di sini, jelas dia ingin bantu Umno, kita tak boleh nak halang sebab negara demokrasi, bertandinglah, menang atau kalah kita serah pada ALLAH.

“Kemungkinan Kelantan jatuh ada, Malaysia jatuh pun ada, semua kemungkinan tu ada, jangan pelik,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang tidak menolak kemungkinan wujud saingan tiga penjuru antara Amanah, Pas dan BN di Kelantan pada PRU14 nanti.

Mohamad Sabu berkata, perkembangan semasa mengenai sambutan masyarakat di Kelantan terhadap Amanah akan menjadi penentu kepada percaturan politik pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, Amanah perlu melihat kembali kenyataan mereka sebelum ini yang tidak mahu menjatuhkan Kerajaan Kelantan.

“Kita tak sekat siapa pun yang ingin bertanding di Kelantan, tetapi Amanah kena ingat, mereka sudah keluarkan kenyataan tidak akan kacau Kelantan, itu janji yang dibuat sebelum ini.

“Malah Pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Rahim pun pernah mengatakan mereka tidak akan kacau Pas di Kelantan sebaliknya bersama- sama mempertahankan negeri ini dari Umno,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama antara parti itu dan Umno, Mohd Amar yang juga Naib Presiden berkata, Pas tidak mungkin digigit dua kali kerana pernah mempunyai pengalaman pahit ketika bersama BN suatu ketika dahulu.

“Tak ada keperluan untuk bergabung, kita pernah masuk BN dan ada pengalaman pahit, jadi tidak ada dalam fikiran untuk bersama, ‘memaafkan’ itu isu lain, bagaimanapun pendirian Pas dari dulu memang terbuka dan boleh bekerjasama dalam perkara yang  menyentuh kepentingan orang ramai” katanya.

20 comments:

  1. Dah gigil nampak..!!

    ReplyDelete
  2. Dah gigil ker..!!

    ReplyDelete
  3. Dah gigil nampak..!!

    ReplyDelete
  4. Pas dah mula rasa panas punggung. Pas mengakui jika amanah bertanding di kelantan, pas boleh bungkus kain baju.

    Ehemmm....
    1. Dulu bukan main celupar mulut kata Amanah parti nyamuk. Spray sheildtok terus padam.
    2. Dulu merepek kata Amanah paling lama boleh hidup setakat 2 tahun lepas tu padam.
    3. Dulu melalak cakap Amanah tak ada sambutan. 3 ekor aje keluar pas. Lain semua masih walak, loyalty.

    Ehemmmm...ehemmmm
    1. Skarang sibuk mintak alasan kenapa Amanah nak bertanding di kelantan pulak. Tak kan tak tau.. ceh! Harap janggut aje tebal.
    2. Skang cakap merapu pulak cakap klu Amanah bertanding di kelantan maknanya Amanah bantu umno. Ni apa punya otak udang...sapa berbaik2 dgn umno skang? Pas ker Amanah? Apa nak main konar baring? Patutnya pas mintalah tolong umno utk lawan Amanah di kelantan nanti. Kan pas dah kerjasama dgn umno. Amanah ada kerjasama dgn umno ker? Temberang tok lebai ni tak habis2 lagi rupanya.

    By the way aku nak tanya nik amar nih:
    1. Klu pkr lawan umno, ko nak undi sapa?
    2. Kalu dap lawan umno, ko nak undi sapa?
    3. Kalu mat sabu lawan rani kulop, ko nak undi sapa?

    Aku kalu rani kulop lawan hadi, aku kompom undi rani kulop kipidap dongibab.

    ReplyDelete
  5. Tahniah PAN.. selama ni asyik tuduh PAS nak bantu UMNO kini mereka nak bantu UMNO plk utk jatuhkan kerajaan KELANTAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mat sabu nak bantu umno? kahkahkah boleh masuk MLM. an anonymous ni dok dlm gua ka selama ni? nak komen pun pakai otak sikit, bukan siku dan lutut

      Delete
  6. Kata TMB Kelantan, “Kita tak sekat siapa pun yang ingin bertanding di Kelantan, tetapi Amanah kena ingat, mereka sudah keluarkan kenyataan tidak akan kacau Kelantan, itu janji yang dibuat sebelum ini." “Malah Pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Rahim pun pernah mengatakan mereka tidak akan kacau Pas di Kelantan sebaliknya bersama-sama mempertahankan negeri ini dari Umno,” katanya.
    Janji tu untuk mempertahankan Kelantan dari dijatuhkan oleh UMNO tapi kini PAS dah nak bergabung / bekerjasama dengan UMNO, maka janji tu dah tak perlu dipatuhi lagi.
    Inilah kehebatan pemimpin PAS la ni. Masa bekas madu depa keluar PAS, dikutuk, dihina malahan dicaci hingga sanggup dibunuh. Lepas tu memperlekehkan depa semasa menubuhkan AMANAH dengan alasan AMANAH tu parti "budak" yang baru belajar dan tidak memberi kesan kepada PAS yang "TUA" ni. Depa lupa bahawa orang tua ni dah sakit tenat dek kencing manis, nak berkelamin pun dah tak mampu, ... ini pulak nak angkat beban dan lari berpuluh batu.
    Hebatnya TMB ni ialah putar belit.

    ReplyDelete
  7. Membalak bersama ulamak. Cogankata kerajaan pimpinan PAS Kelantan ketika ini. Dalam waktu yg sama masih ada mangsa banjir yg tinggal dalam khemah sedangkan pemimpin pemimpin berkopiah lebai ini bermewah mewah. Memang dasar penyamun yg ingin berbaik baik dgn penyamun yg merompak khazanah negara. Ulamak pembelit yg berbuih buih mulut menjual agama dan mencemarkan Islam demi kepentingan diri...cakap berbelit belit.

    ReplyDelete
  8. Kelakar betul mamat ni. Dulu PAS cakap macam kuat sangat,. Macam Badang konon. Sekarang apasal takut. Dulu kata nak bertanding di kawasan DAP. Dulu kata Amanah tahan 2 tahun sahaja. Menjelang 2017 rasanya Amanah akan pupus!! Apasal takut. Sibuk-sibuk pasal Amanah ni apasal? Hutang kepada kakitangan YIK sudah dilangsaikan ke belum? Itu lagi mustahak dari menang pilihan raya!!

    ReplyDelete
  9. takut??? kan kata pas bertanding bukan nak menang

    ReplyDelete
  10. pan tak kacau kelantan cuma nak bantu kelantan darijatuh kepada umno
    cikalang sapa langgar baiah

    hari tu kata mati sebelum beranak
    cakap baik baik

    hang tu kanyag lagi mat sabu dah main politik--aku tak kenai hang
    sombong 3 macam saja

    bersedia untuk kalah
    rakyat bukan bodoh

    ReplyDelete
  11. Buat anon 10.03 & penyokong PH. Jgn tulis pan. Tulis AMANAH. Walaun je tulis pan. Acu try tgk harakah.

    ReplyDelete
  12. Buat anon 10.03 & penyokong PH. Jgn tulis pan. Tulis AMANAH. Walaun je tulis pan. Acu try tgk harakah.

    ReplyDelete
  13. Tahniah PAN.. selama ni asyik tuduh PAS nak bantu UMNO kini mereka nak bantu UMNO plk utk jatuhkan kerajaan KELANTAN..

    ReplyDelete
  14. Yg langgar bai'ah jelas PAN.. Yg nak kerjasama jatuhkan PAS di KELANTAN pun PAN.. Agak2 rakyat KELANTAN ni bodoh ke nak pilih PAN yg jelas diperkeldaikan oleh DAP.. X tergamak rasanya rakyat KELANTAN nak pilih LGE dan LKS sebg pemimpin mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rakyat klntan x bodoh la nk gantikan pas dgn AMANAH..Pas dh x leh bodoh2kn rakyat kelantan..

      Delete
  15. Tengok nik amar,teringat balak hilang..

    ReplyDelete
  16. Kalau PAS tak perintah Kelantan..habislah.. duit balak melepas..alahai, PAN tolong jgn kacau urusan Kelantan.. YB baru nak naik gaji.. please la..

    ReplyDelete
  17. PENGUMUMAN AMAT PENTING

    Sejak sekian lama tiada komen dibuat oleh Wan Rosli dalam mana-mana blog, tetapi kebusukan DNAnya amatlah diketahui iaitu, apabila dia memberi komen mesti akan kona baring lipat siku lutut untuk dilibatkan DAP juga. Semenjak ketiadaan Wan Rosli dalam ruangan komen, kini muncul pula pengkomen yang menamakan dirinya 'An Anonymous' yang memiliki DNA yang 1000% sama dengan Wan Rosli. Maka dengan itu dirumuskan bahawa Wan Rosli kini menggunakan nama 'An Anonymous' ketika memberikan komennya, termasuklah juga dalam blog YSK.
    Harap maklum.

    ReplyDelete
  18. dia malu nak guna nama wan rosli sejak tuang presideng yg jd idola dia ghairah sgt nak bersama umno

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa