Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 28, 2015

Rasanya bagi rakyat keraguan tetap ada

SPRM jamin siasatan 1MDB dan dana RM2.6bilion bebas dan telus
 | Wartawan MD
Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengulangi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan secara bebas, telus dan profesional.Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengulangi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan secara bebas, telus dan profesional.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan secara bebas, telus dan profesional.
Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata siasatan itu adalah berdasarkan panduan dan amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan pengurusan tertinggi SPRM yang sentiasa tegas, profesional dan bebas.
"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bahri berkata SPRM bagaimanapun tidak dibenarkan untuk mendedahkan butiran siasatan itu termasuk mendedahkan nama penderma sumbangan dana RM2.6 billion itu.
"Perkara ini juga ada disebutkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman kepada sebuah portal pada 26 Disember 2015, di mana SPRM tidak ada kuasa sehingga kes yang disiasat dibawa ke mahkamah. SPRM berharap semua pihak faham akan perkara ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli bahawa SPRM perlu mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bahri menegaskan Akta SPRM 2009 tidak membolehkan SPRM memaklumkan butiran terperinci kepada orang awam.
Sebelum ini, pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.
Pada 5 Disember, SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC dan dana RM2.6 bilion.Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan Najib telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.
SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

1 comment:

  1. Jika suatu hari ditakdirkan BABI BOLEH TERBANG maka di saat itu, di ketika itu mungkin saya akan merubah pendirian tentang integriti dan ketelusan SPRM. Contoh, Khir Toyo pernah menghadapi perbagai tuduhan yg lebih serius sebelum kes beli rumah harga murah. Tapi TDM yang jadi PM masa tu tak mahu tindakan diambil maka dia terlepas.
    Sekarang kita bercakap SPRM akan mengambil tindakan yg boleh membabitkan Najib? Dah hilang akal ke apa Pengurusi SPRM arau saja nak buat stunt bodoh!
    Barangkali yg kena nanti kambing hitam. Yang terima duit dlm akaun terlepas. Mcm kes Tuya. Balachi yg mengikut arahan supaya membunuh "perempuan monggolia yg tidak di kenali itu" yang dihukum sedangkan makhluk perosak yg mengarahkanya terlepas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa