Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 27, 2015

Sekarang ini PAS Pusat tu siapa? Kalau dah asyik mahsyuk tu siapa pun takkan dihiraukan!

Rasanya Nik Amar ada baik dia diam 
Kebanyakan orang dah tahu macam mana bau mulutnya

Kerjasama Umno-PAS dapat restu PAS Pusat, kata Mohd Amar
Naib Presiden PAS  Datuk  Mohd Amar Nik AbdullahNaib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik AbdullahMenyangkal dakwaan bahawa kerjasama dengan Umno adalah pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berseorangan, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tampil menegaskan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua parti itu mendapat restu daripada pucuk kepemimpinan PAS Pusat.
Beliau berkata, hubungan berkenaan bagaimanapun bukan melibatkan kerjasama politik sebaliknya demi kepentingan Islam dan rakyat sambil mengakui PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun.
“Hubungan baik Abdul Hadi dengan Najib juga sudah dibincang pada peringkat PAS Pusat dan lajnah politik (PAS) dan ia bukan keputusan Presiden (Abdul Hadi) seorang, ia adalah keputusan parti.
“Usaha Perdana Menteri menghulur tali silaturahim untuk mengajak PAS sama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya amat baik dan dialu-alukan dan kita setuju serta boleh bekerjasama dalam memartabatkan Islam,” ujarnya dipetik daripada wawancara dalam akhbar Berita Harian hari ini.
Ditanya tentang penolakan PAS untuk bekerjasama dari segi politik atau bergabung dengan Umno, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, partinya melalui banyak pengalaman pahit yang sukar dilupakan sepanjang tempoh PAS menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
“Setakat ini, perkara untuk kerjasama politik atau bergabung dengan Umno tidak pernah dibincang oleh pucuk kepemimpinan parti, malah tidak mungkin akan terjadi. Perkara itu adalah ‘out of question’.
“Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dulu pun bersikap terbuka dalam mengadakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat dalam perkara yang menyentuh kepentingan Islam.
“Jadi, tak ada beza kerjasama yang dijalankan oleh pucuk pimpinan PAS sekarang, yang Tok Guru (Nik Aziz) menentang dahulu kalau kita nak masuk Umno dan bergabung dalam BN. Perkara itu juga tidak ada dalam perancangan dan fikiran pucuk pimpinan sekarang,” ujarnya lagi dipetik dari wawancara hampir semuka penuh itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk  Dr. Asyraf Wajdi DusukiAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Asyraf Wajdi DusukiSilaturahim tiada muslihat
Sementara itu, menganggap PAS sebagai parti kerdil memandangkan hanya menguasai 14 kerusi Parlimen berbanding 88 kerusi di pihak Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan kononnya Umno mempunyai muslihat apabila menghulurkan salam silaturahim kepada PAS.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu, partinya berjiwa besar kerana memulakan langkah tersebut sesuai dengan peringatan dalam ayat ke-12, Surah al-Hujurat yang menekankan pentingnya sesama Islam bersaudara dan tidak berprasangka.
“Apabila bercakap soal perpaduan dan kesatuan, jangan fahami dalam konteks mana-mana parti harus meleburkan identiti dan struktur partinya.
“Paling penting dalam perbezaan pendapat dalam Islam ini, bersetuju untuk tidak bersetuju dan hormati ‘adabul ikhtilaf’ (adab dalam berbeza pendapat). Ini bukan perkara baharu. Fahami prinsip ini,” ujarnya dalam temubual satu muka suku di akhbar sama di sebelah wawancara bersama Mohd Amar.
Mengulas berulangnya kembali isu perpaduan Umno-PAS dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 lalu yang menyaksikan pertemuan mesra dan berpakaian sedondon antara kedua-dua presiden parti tersebut, senator itu berkata, Umno dan PAS perlu duduk semeja dan bermuzakarah bagi membincangkan hala tuju umat Islam di negara ini.
“Kalau ikut sejarah pun PAS lahir daripada Umno. Yang berbeza hanya daripada segi pendekatan politik, bukan akidah, mazhab atau pegangan ideologi agama.
“Cuma berbeza pendekatan, PAS lebih agresif mahu negara Islam dijelma secara drastik dan total. Umno pula lebih kepada memahami tabii manusiawi dan realiti masyarakat kita yang bukan semua beragama Islam,” jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.

6 comments:

  1. Umno pula lebih kepada memahami tabii manusiawi dan realiti masyarakat kita yang bukan semua beragama Islam

    banyak tunduk kepada sikit
    belit omno belit
    kalau 99% melayu pun dalam tm ni belum tentu
    omno buat hukum jinayah Islam
    prinsip omno jauh beza denagn pas
    bila omno suka pas ada sesuatu yang tak kena

    diakhirat nanti penyokong omno n pas akan dibangkitkan denagn pemimpin masing masing

    ReplyDelete
  2. Aku heran betul dgn nik amar. Bila muktamar beri mandat kerjasama dgn umno?? Bila?? Inilah bahana pas chai. Pemimpin dipilih secara chai. Nik amar ni apo sejarah dia lwn umno? Lepas grade kijo kastam. Pastu kijo lecturer. Pernah ko masuk Isa atau penjara?? Takdak. Belum pernah diuji. Jadi lu pikir la sendiri. Tu pasal dia nk pakat dgn umno.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu je perkembangan selanjutnya.. X payah komen sgt bimbang timbul fitnah.. lagipun dia dah jd naib Presiden biarlah dia buat kerja dia.. Jgn buat kerja yg merosakkan parti sudahlah macam 2 org bekas naib presiden..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai range rover tu fitnah ke bro
      Rakyat di panchor sesak nok mapuh Tok wakil kaya rayo
      Ustaz korok kering lagi ni

      Delete
  4. Naib presideng gapo kijo dio. Nk pakat dgn umno ko? Hudud bila nk bentang di parlimen. Dah berapa kali tangguh. Hadi pi jepun ke? Hudud boleh tangguh ke? Umno dah setuju hudud. Bila lagi??

    ReplyDelete
  5. Pas rosak krn hadi awe dan haron ding. Yg lain walaun je. Titm, idris & iskandar nampak tegas ada prinsip. Nik amar kastam dah gabra. Bahana undi chai masa muktamar. Nik bedoh dah sebelah kaki dlm umno. Pendiam pemalu. Haha. Pas akan pecah pulok kali kedua. Wait n see.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa