Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 29, 2015

Taniah Kelantan!

29 Disember 2015 | MUMTAZ MD NAWI

Kelantan negeri pertama menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan demi melancarkan pentadbiran kehakiman dan undang-undang Islam di negeri Kelantan dan negara ini.

Alhamdulillah setelah sekian lama usaha memartabatkan undang-undang Islam dibawah kuasa negeri dibuat, kini cahayanya kian menampakkan sinar terang.
Hari ini dalam sejarah perundangan Islam Malaysia pada 28 Disember 2015 sebuah entiti baru Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya.
Kelantan adalah negeri pertama yang menubuhkan jabatan ini secara berasingan demi melancarkan pentadbiran kehakiman dan undang-undang Islam di negeri Kelantan dan negara ini.
Kendatipun kita telah merdeka 58 tahun yang lalu dan agama Islam telah diberikan satu kuasa yang tersendiri dalam perlembagaan Malaysia, perkembangan dan evolusi status dan struktur serta bidang kuasa perundangan syariah tidak berpadanan dengan sisten undang-undang sivil.
Pengasingan jabatan dan pentadbiran diantara Mahkamah dan bahagian pendakwaan secara 'in toto' dibuat di dalam sistem kehakiman sivil sejak awal merdeka lagi.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sekian lama menjadi badan pelbagai dimensi yang diletakkan dengan pelbagai tugasan termasuk pendakwaan undang-undang syariah.
Kini dengan semakin banyak kes yng dibicaakan dan semakin kompleks yng dikendalikan dengan pelbaga isu baru maka beban dan konflik kepentingan antara dua entiti induk pendakwaan dan Mahkamah menjadi kian ketara dan kadangkala berupaya menggugat imej dan integriti keadilan dan perundangan Islam itu sendiri.
Juteru inisiatif pengasingan jabatan ini menjadi makin kritikal dan relevan kini bila mana Kanun Jenayah Syariah  2015 Kelantan diluluskan pada Mac 2015.
Satu kod undang-undang yang lebih lengkap dengan mengambil kira pengalaaman penggubalan Enakmen Jenayah Syariah 1993 dan rujukan kepada Acheh dan Brunei yang telah memulakan langkah melaksanakan undang-undang jenayah yng lebih komprehensif berbanding jenayah takzir dalam bidangkuasa di Malaysia.
Usul Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Parlimen bagi mewakili kerajaan Kelantan untuk meminda bidangkuasa Akta 355 yang bersifat undang-undang bertukar menjadi polemik politik antara parti di Malaysia bila mana semua pihak cuba menjadi juara dan jurucakap kepada undang-undang jenayah Islam berbanding untuk membantu kelicinan dan keperluan pentadbiran perundangan Islam.
Satu akta yang hakikatnya perlu dipinda lantaran tidak lagi sesuai dan sepadan dengan massa dan masa.
Semoga dengan usaha yang tampak kecil di mata ramai namun sangat penting dari sudut undang-undang dan pentadbiran kehakiman negara. InsyaAllah akan melebarkan lagi sayap dan keberkesanan keadilan undang-undang jenayah Islam secara tuntas.
Walaupun dengan penuh sedar nun disepanjang jalan pembesaran dan perkembangan Jabatan ini pelbagai rintangan terpaaksa ditempuhi namun itulah sifat undang-undang ilam yng fleksible dan mesra uruf dan illlah asalkan tidak melanggar usul syarak.
Tidak ada hukuman yang lebih adil berbanding undang-undang Islam. Mabruk Kelantan! Allahu Akbar!

3 comments:

  1. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

    patutnya yang Islam pakat bagi buah fikiran macam mana nak lakasanakan
    hukum hukum Islam dikelantan kalau tak boleh dipusat
    ini ramai yang pakat duk kutok n cari jalan nak gagalkan
    Orang Islam apa jenis macam ni
    bepuloh tahun duk bawah hukum kapir boleh pulak
    tak pulak terasa hina
    lepas sembah Allah pakat sanggah hukum hukum Allah
    jangan bersekutu ngan puak muqtasimin
    jadilah orang yang yakin dengan hukum hukum Allah

    ReplyDelete
  2. Jangan salah faham

    Jabatan nih nak bagi kerja ke bebudak PAS nun biar sokong PAS

    Kan banyak bebudak gaya PAS tak ada kerja kan

    Biasa lah jual Agama buat duit aper

    Itu semua kan Melayu malas nun.

    ReplyDelete
  3. Mohon penjelasan. Apakah yg dikatakan puak muqtasimin?? Zaman abbasiah ada khalifah al-Muktasim yang hebat. Jgn mudah nk melabel orang. Kita sendiri tiada jaminan syurga

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa