Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 29, 2015

UMNO-BN takyah nak hipokrit dengan Israel - Mahfuz

Kenyataan Media.

KERAJAAN UMNO BN JANGAN HIPOKRIT DENGAN ISRAEL

1. Saya ingin mengingatkan Kerajaan Umno Bn jangan HIPOKRIT dengan isu  menghalang kemasukan atlet sukan luncur angin negara haram Israel daripada menyertai Kejohanan Remaja Dunia (ISAF) di Langkawi. Walaupun semua bersetuju tindakan menghalang kemasukan ahli sukan tersebut tetapi bukan bermakna kerajaan tegas dengan keputusan tiada sebarang hubungan diplomatik, ekonomi dan perdagangan dengan negara haram Israel.

2. Pada 18 march 2012, Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengakui Malaysia tidak mengiktiraf Israel kerana menindas rakyat Israel tetapi dalam masa yang sama Malaysia ada menjalankan perniagaan dengan negara haram Israel. Pada saya inilah dasar KEMUNAFIKAN Umno Bn dalam satu masa Malaysia membantu dan membela negara dan rakyat Palestin sedangkan dalam masa yang sama juga membantu pengukuhan ekonomi dan perdagangan Israel. Secara tidak langsung Malaysia membantu memperkuatkan Israel untuk terus menindas dan membunuh rakyat Palestin.

3. Khairi Jamaludin sendiri pada 21 Feb 2012 mengakui Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel sejak tahun 1996. Pada 1 Nov 2011 Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Richard Riot menyatakan warga Israel dibenarkan memasuki Malaysia dengan tiga syarat. Penegasan dasar Malaysia ini dibuat di Parlimen dalam penggulungan Bajet 2012.

4. Kata Richard Riot, warga Israel boleh memasuki Malaysia untuk menyertai aktiviti sukan dan mesyuarat atau persidangan yang bersifat antarabangsa. Antara syaratnya ialah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri, aktiviti yang disertai tidak boleh diberi publisiti oleh media tempatan dan mereka dijemput oleh penganjur program.

5. Kerajaan Malaysia juga mengambil firma perunding yang mempunyai hubungan dengan kepentingan Israel, APCO Worldwide dalam memberi khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia.

6. Kepada Khairi Jamaludin dan kerajaan Umno Bn, usahlah bersifat HIPOKRIT untuk tunjuk hero dalam isu tidak membenarkan ahli sukan luncur angin remaja dari Israel memasuki Malaysia atas dasar simpati kepada rakyat Palastine.

7. Sedangkan dasar KEMUNAFIKAN kerajaan Umno Bn jelas menunjukan mereka sangat terbuka dengan dasar dan polisi dalam menjalinkan hubungan dengan Israel dengan berselindung di sebalik perniagaan, perdagangan, sukan dan persidangan. BERANIKAH kerajaan Umno Bn membatalkan semua dasar dan polisi yang berkaitan perniagaan dan perdagangan dengan Israel? BERANIKAH kerajaan mengumumkan tiada lagi kebenaran yang akan diberikan pada mana mana warga Israel walaupun untuk menyertai apa-apa jenis kejohanan sukan serta menyertai apa-apa mesyuarat dan persidangan di Malaysia? Bolehkah kerajaan mengistihar untuk menghentikan sebarang urusniaga EKSPORT IMPORT dengan negara haram Israel?

8. Kepada semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama serta ideologi politik, perlu menjarakan pemikiran mereka daripada pemikiran HIPOKRIT pemimpin Umno Bn. Mereka seharusnya bersikap lebih sensetif terhadap perasaan umat Islam dan kemarahan terhadap kezaliman Israel.

TOLAK KEZALIMAN ISRAEL DAN TOLAK KEZALIMAN UMNO BN

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Dis 2015/16 Rabiulawal 1437H

1 comment:

  1. Abe...
    Kenyataan mahfuz ni sy rasa amat tepat dgn real politik negara.

    Dah dasar negara kita mcm tu.
    Boley tgok rekod kemasukkan israeliyyuun ke negara..

    So umngok neh gempak jer lebih...
    Yg kena bahana adalah pembangkang.
    PAS yg dah lama dlm politic pon idup2 kena temberang...dok reti2 baca sifir politik.

    Jgn heran la kalo bebudak muda DAP yg msih kencing bercabang tu bantah..psl rekod dulu kini tertulis atlet kriket,perniagaan,persidaNgan antarabangsa boley plak..apsal skrg tetiba tak boley n sensasi plak...siap sallahuddin n mahfuz kena penjara lg.kah kah kah.itu psl mahfuz bijak bce senario..

    Budak DAP yg mentah n tak cermat/cerdik dlm politik pon tergedik2 nak menari nak tunjuk pandai..
    Haper2 pon dah selamat....
    Jarum umngok dah menusuk ke tulang..bkn kulit lagi..
    Padan muka...jenuh laa berubat jumpa doktor dgn kenyataan entah haper2 sperti bkn keputusan DAP negeri...amanah pon terpaksa laa buat kenyataan tak setuju n marah kat pemuda DAP..PAS menari cha cha n tango membedal psl dpt lantai pentas terbaik serta kilauan lampu setting terbaik yg disediakan oleh kerry the libra...aduhaiiiii...
    Keadilan???kena selsema burung.
    Kah kah kah...lap ingus jer laaa..

    Najib n Haji Hadi senyum jerr
    Zuhdi terjun tiruk ala tarzan..syokk.
    Mohktar senik mimpi kena gosok2 pipi oleh abu bakar r.a. la plak...
    Din.....apa lagi...ayam albaiek laaa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa