Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 8, 2017

Cubaan bakar Kaabah: Orang gila cuba bunuh diri rupanya.......

Jurucakap tentera nafi ada cubaan bakar Kaabah

 | February 7, 2017
Sebaliknya lelaki berkenaan cuba untuk membunuh diri, kata jurucakap tentera.
PETALING JAYA: Pasukan keselamatan Masjidil Haram di Mekah menafikan ada cubaan untuk membakar Kaabah seperti yang dilaporkan media sebelum ini, lapor Gulf News hari ini.
Memetik berita Arab Sabq, jurucakap tentera Mejar Sameh Al Salmi berkata lelaki yang ditahan pihak berkuasa dalam cubaan itu cuba membunuh diri dengan menyimbah petrol pada dirinya.
“Dia telah dipegang (oleh orang ramai) sebelum dia sempat mengorbankan dirinya secara dramatik dan tingkah lakunya juga menunjukkan dia seorang pesakit mental,” kata Sameh.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki Arab ternampak seorang lelaki menyiram gasolin di Kaabah.
“Saya mengelilingi Kaabah kira-kira 11.40 malam pada Isnin, saya ternampak seorang lelaki mencurah petrol dari botol di Kaabah sambil mengucapkan ungkapan berbaur ‘takfiri’ (mengkafirkan),” kata Ghazi Darwesh.
“Saya cepat-cepat memegang beliau dan meminta bantuan dari orang di sekeliling saya. Pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian lalu membawanya pergi,” katanya.
Kaabah menjadi kiblat semua umat Islam apabila mahu menunaikan solat 5 waktu sehari dan menjadi tumpuan utama ibadat haji dan umrah.
Kaitan:
Saksi kejadian berkata beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas di masjid berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa