Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 7, 2017

RCI : Mana satu didahulukan

RCI : Mana satu didahulukan, siasatan perlu menyeluruh babit menteri kabinet
 | DALIA ISMAIL
Anina SaadudinAnina SaadudinDua pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membidas hasrat Pemuda Umno Malaysia untuk mengesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan kononnya Bank Negara kehilangan AS$10bilion dalam pasaran pertukaran asing semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad.
Ahli Majlis Tertinggi Anina Saadudin berkata, berkata, beliau tidak percaya Pemuda Umno begitu serius mempersoalkan integrirti dan tadbir urus negara.
Sedangkan ujarnya, Pemuda Umno harus sedar bahawa anak muda akan menolak BN dalam PRU-14 kerana kesengsaraan kehidupan rakyat di bawah sebuah pemerintahan kleptokrasi yang dipimpina perdana menteri.
" Sayap Pemuda Umno sepatutnya sedar dari mimpi panjang dan menyedari bahawa anak muda akan menolak BN secara total pada PRU14 kerana sengsaranya hidup mereka kini di bawah kerajaan kleptorasi.
"Pemuda Umno perlu memahami akar kepada segala permasalahan rakyat kini. Kerajaan kleptokrasi ini sedang melindungi kesalahan jenayah kewangan terbesar di dunia melibatkan pemimpin negara.
"Jika Pemuda Umno benar-benar mahu berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara, bukalah mata anda seluas-luasnya, lapangkanlah dada anda selebar-lebarnya, lihatlah isu 1MDB dengan sejujur-jujurnya," ujarnya.
Anina berkata, jika suruhanjaya siasatan itu ingin ditubuhkan, sewajarnya yang lebih afdhal ditujukan untuk 1MDB.
"Dahulukan yang penting dan yang membawa mudarat besar kepada rakyat hari ini dan masa depan.
"Nasihat saya kepada Pemuda Umno, jika anda melihat ke 30 tahun dahulu, pandangan anda mungkin terpukau dengan KLCC, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Sepang Circuit, Jambatan Pulau Pinang, Highways, Pelabuhan-pelabuhan dan banyak lagi pembangunan yang dibawa oleh Tun M.
"Sebaliknya jika anda melihat kepada masa kini, pandangan anda akan jelas melihat bahawa berbilion rnggit yang dihutang oleh 1MDB(yang kini ditanggung rakyat melalui MOF) itu tidak mendatangkan sebarang manafaat pun kepada rakyat dan negara ini," jelasnya.
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkata, beliau tidak menentang cadangan penubuhan RCI oleh Pemuda Umno tetapi siasatan itu bukan sahaja membabitkan Dr Mahathir sahaja ia turut meliputi menteri kabinet yang terlibat ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
"Saya tidak menentang bulat-bulat akan siasatan RCI terhadap Tun Mahathir. Memang betul siasatan harus dijalankan jika terdapat keraguan mahupun tuduhan.
"Siasatan haruslah dilakukan secara menyeluruh. Jika siasatan mahu dijalankan, maka haruslah disiasat sampai ke lubang cacing.
"Jangan lupa bahawa era Tun Mahathir pun merupakan era Umno. Kes ini terjadi pada tahun 1991 dan ahli kabinet juga terdiri daripada Datuk Seri Najib yang pada masa itu merupakan Menteri Pertahanan, Tun Abdullah pula sebagai Menteri Luar dan lain-lain menteri.
"Jika benar Tun Mahathir didapati bersalah, ini bermakna Umno juga bersalah kerana mempertahankan beliau.
"Jika benar mahu menghukum Tun Mahathir, setiap ahli Umno yang membantu dan mempertahankan beliau harus turut dihukum setimpal-timpalnya," ujarnya.
Syed Ssaddiq juga mempersoalkan tindakan pemuda Umno yang mahu RCI ini ditubuhkan tanpa memperdulikaan isu yang lebih parah lagi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kenapa asyik ungkit isu yang hampir 3 dekad berlalu tanpa mengendahkan isu yang baru-baru sahaja berlaku?
"Adakah bila pemimpin Umno sekarang meninggalkan parti, baru Umno nak buka segala pekung di dada?" soalnya.
Justeru katanya, sisatan RCI boleh dilakukan, akan tetapi lakukan juga siasatan RCI kepada semua yang dituduh dan diselubungi keraguan terutamanya tentang penyelewengan wang oleh Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan 1 Malaysia Development Berhada (1MDB)
"Jangan sekadar menggunakan undang-undang untuk menghukum orang yang tidak sebulu, sambil membutakan mata dan memekakkan telinga bila integriti kroni sendiri dipersoalkan," tegasya.
Semalam Pemuda Umno mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan Bank Negara kerugian berbilion dolar dalam pasaran pertukaran asing semasa pentadbiran Tun Dr Mahahtir Mohamad.
Ia susulan pendedahan bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa jumlah kerugian sebanyak AS$10 bilion, pergerakan itu mengesyaki jumlah sebenar “disembunyikan” boleh mencecah angka AS$180 bilion.
"Kita percaya sekiranya RCI ditubuhkan dengan segera ia dapat rungkaikan apa yang dikatakan oleh Abdul Murad," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun seperti dilaporkan media.
Khairul Azwan Harun (dua dari kiri) dalam sidang medianya semalam, mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa