*Hahaa.......kita tengok, jerat siapa yang akan mengena......
Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Rahimah Abdullah, Astro Awani | Februari 07, 2017 18:21 MYT

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.
Bagaimanapun beliau pada masa sama mahu siasatan turut dilakukan dalam isu melibatkan dana RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Mereka dialu-alukan berbuat demikian. Namun, kami juga mahukan suruhanjaya sama (untuk siasat) berhubung RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib. Apa terjadi kepada wang 1MDB dan apa yang dia buat dengan meminjam sejumlah wang yang besar itu? Perkara ini perlu disiasat," katanya dalam sidang media di kediaman Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.
BACA: Siasat adakah Bank Negara muflis pada tahun 1991? - AzwanBro
Beliau menegaskan, hasil laporan siasatan terhadap 1MDB juga tidak sepatutnya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Pada masa saya dahulu (semasa menjadi Perdana Menteri) saya tidak pernah confine apa jua siasatan sebagai rahsia rasmi . Namun sekarang, mereka menyembunyikan semua bukti mengenai jenayah mereka dengan meletakkan semua laporan SPRM, Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, semua ini telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," ujarnya.
Justeru beliau melihat cadangan menubuhkan RCI berkenaan adalah cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat.
"Jadi kamu (kerajaan) buka perkara (laporan) itu dahulu. Jangan cuba mengalihkan kepada perkara yang berlaku 40 tahun dahulu.
(Tindakan) ini adalah untuk mengalihkan perhatian (ramai). Saya tidak peduli dengan orang seperti ini," ujarnya.
Pada Isnin, Pemuda UMNO dalam satu sidang media mendesak agar kerajaan menubuhkan RCI berhubung pendedahan yang dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata pihaknya mengambil serius pendedahan mengenai kerugian mega dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis
Bagaimanapun beliau pada masa sama mahu siasatan turut dilakukan dalam isu melibatkan dana RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Mereka dialu-alukan berbuat demikian. Namun, kami juga mahukan suruhanjaya sama (untuk siasat) berhubung RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib. Apa terjadi kepada wang 1MDB dan apa yang dia buat dengan meminjam sejumlah wang yang besar itu? Perkara ini perlu disiasat," katanya dalam sidang media di kediaman Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.
BACA: Siasat adakah Bank Negara muflis pada tahun 1991? - AzwanBro
Beliau menegaskan, hasil laporan siasatan terhadap 1MDB juga tidak sepatutnya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Pada masa saya dahulu (semasa menjadi Perdana Menteri) saya tidak pernah confine apa jua siasatan sebagai rahsia rasmi . Namun sekarang, mereka menyembunyikan semua bukti mengenai jenayah mereka dengan meletakkan semua laporan SPRM, Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, semua ini telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," ujarnya.
Justeru beliau melihat cadangan menubuhkan RCI berkenaan adalah cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat.
"Jadi kamu (kerajaan) buka perkara (laporan) itu dahulu. Jangan cuba mengalihkan kepada perkara yang berlaku 40 tahun dahulu.
(Tindakan) ini adalah untuk mengalihkan perhatian (ramai). Saya tidak peduli dengan orang seperti ini," ujarnya.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata pihaknya mengambil serius pendedahan mengenai kerugian mega dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa