Sebahagian keluarga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 22 Mei lalu menunggu diluar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. – Foto ihsan Malaysia Gazette
Enam pelajar didakwa kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR 14 Jun 2017 – Suasana tegang, sesak dan air mata menyelubungi Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini hari ini kerana perbicaraan bagi kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Kawasan dalam, perkarangan dan lobi mahkamah dipenuhi keluarga dan saudara lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa bagi siasatan kes tersebut.
Setiap ruang di dalam kamar mahkamah di bahagian tempat duduk awam dipenuhi ibu bapa, saudara mara tertuduh yang sudah menunggu sejak dari pukul 9 pagi tadi.
Pertuduhan bagi kes itu yang sepatutnya berlangsung jam 11 pagi namun lewat ekoran berlaku gangguan sistem di bahagian pendaftaran mahkamah.
Bagaimanapun pertuduhan itu hanya berlangsung kira-kira jam 2.45 petang dan kesemua tertuduh di bawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan masing-masing tangan bergari dan digandingkan bersama tertuduh bagi kes-kes lain.
Berdasarkan pemerhatian MalaysiaGazette, ada beberapa wanita dipercayai ibu kepada tertuduh yang menangis teresak-esak selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan.
“Kesian diorang, meskipun bukan anak kita tapi dia budak lagi. Kenapalah sampai jadi macam ini,” bisik seorang wanita kepada suaminya yang duduk disebelah wartawan MalaysiaGazette sambil menangis teresak-esak.
Suasana para pelajar yang ditahan memandang ke arah orang yang hadir bagi mencari-cari ibu dan bapa mereka sambil bergenang air mata juga menambah suasana pilu dalam mahkamah.
Lima penuntut UPNM hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.
Seorang lagi penuntut universiti berkenaan didakwa bersubahat dengan lima tertuduh terbabit.
Mereka didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Arwah Zulfarhan, 21, merupakan penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.
Mangsa memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera. – MalaysiaGazette via malaysianreview
KLIK BACA: Zulfarhan: Ibu mahu lihat wajah tertuduh dibicarakan kerana membunuh
* Aku juga tak boleh bayangkan betapa seksanya mangsa sebelum maut menjemput. Anak aku juga bekas penuntut UPNM

Inilah akibat bilamana ugamawan ularmak wan sudah hubud dunia, wala' balak pada pemimpin minta jadi punah sihat@ penasihat tapi bukan untuk memerintah.
ReplyDeleteSikap berani buat kesalahan tp tak nak tanggung akibatnya bermula drp atas, iaitu Najib, isteri dan vvip umno/bn. Tak menghairankan bila ia menjadi ikutan rakyat across the country. Lihat sj brp banyak insiden pukul,ganas dan serang yg berlaku kebelakangan ini. Depan mata kepala PM pun berlaku. Yg paling sedih bila anak2 muda turut mencontohi perbuatan jelek ini hingga merosakkan masa depan mrk. Dan kita diterajui oleh dua kumpulan besar melayu yg mengaku memperjuangkan islam!?!
ReplyDelete