Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 17, 2017

Dah boleh agak ketua NGO mana ni.......laporan dibuat 5 Jun tapi dah ada terdengan air berkocak?

Ratu Naga mahu SPRM siasat pengerusi NGO
SITI AZIELAH WAHI  -  5 JUN 2017
PUTRAJAYA - Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut agensi itu menjalankan siasatan berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki pengerusi sebuah NGO.

DIa yang juga Majlis Tertinggi Wanita PKR hadir ditemani peguam, Muhammad Jailani Khamis, tiba di lobi utama bangunan SPRM kira-kira jam 2.15 petang.

Ketika ditemui pemberita, Syarul Ema Rena berkata beliau hadir bagi menyerahkan beberapa dokumen berhubung harta termasuk senarai kenderaan, aset dan hartanah milik lelaki itu.

Menurutnya dokumen-dokumen berkenaan diterima daripada pihak lain selain carian dan gambar yang dilakukannya sendiri.

"Tiga persoalan utama, bagaimana beliau mampu membeli harta ini sedangkan kita tahu latar belakangnya dengan perniagaannya yang 'hancur'. Dari mana duit ini datang dan adakah beliau membayar cukai atau tidak," katanya.

Tambahnya, kesemua hartanah dan kenderaan tersebut yang atas nama dia dan isterinya termasuk bangunan, rumah banglo dan sebagainya menunjukkan dia memiliki aset dan kekayaan luar biasa.

"Antara kenderaan dimiliki pengerusi NGO itu adalah berjenama Porche, Ferrari, Land Cruiser. Semua ada. Ini baru kenderaan. hasil carian juga mendapati turut miliki 14 hingga 15 hartanah tidak termasuk resort dan banglonya di Ampang," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, dokumen berkaitan aset resort dan banglo di Ampang tidak dikemukakan kepada pihak SPRM susulan pihaknya tidak menerima dokumen mengenai dua aset tersebut.

Beliau turut mempersoalkan adakah dia membayar cukai berkaitan kerana dari hasil pencarian ada tertulis, semua aset hartanah ini sebahagiannya di beli pada tahun 2016 hingga 2017.

"Dengan penemuan ini, saya minta pihak SPRM siasat adakah benar atau tidak harta harta ini milik dia.

"Sekiranya benar siasatan juga harus dilakukan ke atas sumber dana yang digunakan bagi membiayai harta sedemikian rupa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa