Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 16, 2017

Takziah dan Alfatihah: Negara kehilangan dua orang wira sekali gus

Jenazah Mejar Yazmi selamat dikebumikan
MUHAMMAD AFHAM RAMLI 16 JUN 2017
Jenazah Mejar Yazmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam latihan di Chukai, Terengganu, semalam selamat dikebumikan kira-kira 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Pengebumian Allahyarham Yazmi dihadiri warga Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan ahli keluarga.

Turut hadir, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Terdahulu, jenazahnya tiba di Masjid Ibn Sina, Titiwangsa, dan disembahyangkan kira-kira jam 10.40 pagi.

[Dua juruterbang TUDM disahkan meninggal dunia]

Allahyarham Yazmi meninggalkan seorang isteri, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak iaitu Mikhail Adam Riaz; Mukhriz Anwar Riaz, 10; Muaz Addin Riaz, 7; pasangan kembar, Mika Adden Riaz dan Mika Addin Riaz,4 dan Musa Ayman Riaz tiga tahun.

Semalam, Mejar Yazmi dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang digunakan terhempas di Chukai, sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Mayat kedua-dua juruterbang itu ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa