Thursday, 15 June 2017
INILAH BERITA YANG MENGGERUNKAN NAJIB....
Pakatan Harapan yang bakal didaftarkan sebagai gabungan rasmi parti-parti pembangkang untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang, sudah hampir memuktamadkan persetujuan untuk meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.
Ia berikutan mesyuarat Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi sebagaimana diminta oleh Anwar Ibrahim untuk memutuskan perkara tersebut, difahamkan telah bersetuju meletakkan bekas Perdana Menteri selama 22 itu tahun untuk mengetuai Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Persetujuan meletakkan Tun Mahathir tidak lain ialah agar PH dilihat lebih lebih kukuh, lebih aura dan lebih meyakinkan untuk mengalahkan Najib Razak dan seterusnya menyelamatkan negara selepas gabungan itu berjaya mengambil alih kerajaan nanti.
Menurut laporan sebuah portal, struktur yang dipersetujui untuk mengetuai PH ialah Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, sementara Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, masing-masing dinamakan sebagai Timbalan Presiden PH.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang masih berada di penjara pula diletakkan sebagai Penasihat PH.
Sebelum ini, parti-parti dalam PH berbeza pendapat dengan pelbagai pandangan yang berlainan mengenai struktur kepimpinan PH. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu lalu, dilaporkan telah dibentangkan struktur Anwar sebagai Ketua Umum, Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden.
Bagaimanapun, PKR dikatakan tidak berani memberi persetujuan kerana ia berbeza dengan apa yang dipersetujui Anwar sebelum ini.
Bersatu pula dikatakan mahu Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Muhyiddin diletakkan sebagai Presiden PH bagi tujuan mewujudkan "tsunami Melayu" dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, DAP melalui Lim Guan Eng tidak bersetuju Bersatu memegang kedua-dua jawatan penting itu kerana menggambarkan wujudnya monopoli sesebuah parti dalam PH.
Namun, Guan Eng bersetuju sekiranya Tun Mahathir diberikan satu peranan utama dalam PH untuk memungkinkan kebarangkalian lebih tinggi untuk mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti.
Dengan persetujuan PKR terhadap struktur baru PH yang meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, DAP, Amanah dan Bersatu pastinya juga tiada halangan untuk bersetuju sama dengannya.
Inilah struktur terbaik PH yang mampu memberi keyakinan kepada semua lapisan rakyat serta menampakkan cahaya terang bagi masa depan negara yang gemilang sebaik Najib, UMNO dan BN dapat ditumbangkan.
Struktur baru dengan Tun Mahathir mengetuai PH ini juga pastinya memberi ketakutan dan kegerunan kepada Najib. Segala ilmu, pengalaman dan strategi semasa mengungguli lima kejayaan dalam pilihanraya umum antara 1981 hingga 2003 dahulu, tentunya akan diguna dan disesuaikan semula oleh Tun Mahathir dan PH bagi tujuan menyingkirkan Najib yang dikenali sebagai kleptorat unggul di persada dunia.
Gambaran lain ialah masalah kepimpinan dalam PH sudah dapat diselesaikan dan ini juga memberi petunjuk beberapa perkara lain juga boleh diputuskan melalui perbincangan dan musyuwarah.
Melalui sosok Tun Mahathir sebagai "panglima perang" untuk mengetuai PH dalam pilihanraya umum akan datang, Najib sudah boleh menghitung hari-hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri kerana bukan saja Melayu, Cina, India dan semua kaum lebih meyakini beliau untuk memenangi pilihanraya, malah ia juga memberi kepercayaan yang tinggi kepada semua lapisan rakyat untuk meyakini bagaimana negara bakal dipulihkan ekonominya sebagaimana sentuhannya semasa berkuasa dahulu.
Yang paling dekat rakyat akan dapat melihat kesan menggembirakan mereka sebaik Najib, UMNO dan BN dikalahkan dan PH menguasai kerajaan ialah GST akan disifarkan, beberapa subsidi dikembalikan dan wang yang hilang, termasuk berkaitan 1MDB akan segera didapatkan semula serta petualangnya di bawa ke muka pengadilan.
Adakah sesiapa masih mahu menolak cahaya yang bakal dibawa kerajaan baru nanti? (ShahbudinHusin 15/06/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 12:20

Alhamdulillah, semuga berjaya dan dapat membebaskan rakyat dari belenggu keperitan hidup kerana salah tadbir urus yang dilakukan oleh BN terhadap Kerajaan Malaysia, IN SHA ALLAH
ReplyDeleteIf some one desires expert view abouit blogging then i advise
ReplyDeletehim/her to pay a quick visit this weblog, Keep upp the
nice job.
my page: bandar judi bola terbesar di dunia (www.royalimpian.com)
TAHNIAH PAKATAN HARAPAN...SEMOGA DAPAT MENYINARI KEGEMILANGAN NEGARA YANG TERCALAR DEK KLEPTORAT... BERSATU TEGUH DIBAWAH KERAJAAN YG ADIL...
ReplyDeleteI truly love your site.. Excellent colors & theme. Did you make this amazing site yourself?
ReplyDeletePlease reply back as I'm hoping to create my very own website
and want to find out where you got this from or
exactly what the theme is called. Many thanks!
Having read this I believed it was rather informative.
ReplyDeleteI appreciate you spending some time and energy to put this information together.
I once again find myself personally spending a significant amount of time both reading and commenting.
But so what, it was still worth it!
I'm truly enjoying the design and layout of your website.
ReplyDeleteIt's a very easy on the eyes which makes it much
morre enjoyable for me to come here and visit more often. Did you hire out a
designer to create your theme? Outstanding work!