Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 14, 2017

Macam nana nak laku jika dibanding dengan harga Mas Hitam dan Siku Raja hanya RM6 - 7 saja sekilo

Harga Mas Hitam dan Siku Raja (jenis import yang lebih bermutu) hanya RM6 - 7 saja sekilo di Kota Bharu

Tamak punca harumanis tak laku
Oleh MUSTAPA LAKAWA dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
Petani harumanis mendakwa berlaku lambakan buah tersebut sehingga rosak di atas pokok dan terpaksa dibakar bagi mengelak serangan penyakit.

KUALA LUMPUR – Perbuatan sesetengah pihak di Perlis yang cuba mengawal bisnes buah harumanis dengan menetapkan harga terlalu mahal menjadi punca utama buah tersebut gagal dipasarkan secara meluas di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain di negara ini.

Lebih memburukkan, tindakan pihak-pihak tersebut telah menyebabkan berlakunya lambakan harumanis di Perlis sehingga ada buah yang menjadi busuk di pokok dan terpaksa dibakar.

Difahamkan, harga semasa yang ditetapkan pengusaha harumanis sekitar RM15 hingga RM30 sekilogram dan jika buah itu dibawa dan dijual di ibu kota sudah tentu ia terpaksa dijual lebih mahal sekali ganda.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, dengan harga yang mahal diperoleh daripada pengusaha harumanis di Perlis, adalah sukar untuk buah tersebut dijual secara meluas di Kuala Lumpur.

Katanya, jika dijual di pasaran Kuala Lumpur, buah harumanis perlu bersaing dengan buah mangga import lain yang jauh lebih murah berbanding buah ikon negeri utara itu.

3 comments:

  1. Lebih rela bakar buah daripada sedekah kepada orang ramai. Mulia sungguh akhlak petani2 ini.

    ReplyDelete
  2. kebun kat mana yg dibakar tak ada gambar pon. semua cerita tipu. melayu spisis baghal, negeri da cenonet sombong bangang tak habis

    ReplyDelete
  3. Depa ni tak tau pasal persaingan dlm bisnes ka? Dok syok sendiri je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa