Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 15, 2017

Woow........banyak jutanya!

Added on June 14, 2017 
Bekas Exco Johor & anak mengaku tidak bersalah
Johor Baharu – Bekas Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) melibatkan nilai RM35.78 juta.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Abdul Latif, 51, berdepan 13 pertuduhan melibatkan nilai RM15.79 juta, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25, didakwa dengan empat pertuduhan dengan nilai RM735,000, sementara Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, didakwa dengan empat pertuduhan bernilai RM17.455 juta. – Bernama via klpost

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa