Sekali dilambung dan disentap, dioleng pula kiri dan kanan. Kalau bukan di bulan puasa rasanya ramai yang keluar isi perut.
Selamat tiba di Sultan Ismail airport jam 5:15 petang tadi. Otw balik singgah di Kedai Yati Ayam Percik. Hajat nak beli nasi kerabu daging bakar, tapi malangnya daging bakar dah habis dan terpaksalah beli Ikan Percik sebagai ganti.
Harganya boleh tahan. Ikan percik RM8.00 sekor, nasi kerabu RM2.00 jer. Kueh dua jenis ( ondeh2 dan sira labu) RM6.00. Itu harga di bulan puasa atau kerana GST tak taulah.
Saya di Kota Bharu hanya berseorangan sudah setahun. Isteri di KL, di rumah anak yang sulong menjaga dua orang cucu tetapi anak kedua gambar dibawah ni sudah berhenti kerja kerana menjaga anak dua orang juga
Itulah sebabnya saya sering berulang alik KL-KB paling kurang sekali setiap bulan. Kalau tidak, dua kali sebulan. Budak di kaunter check-in Firefly tu dah kenal benar muka ni
Itulah nak bagitau, kalau saya jarang update blog tu bermakna saya tidak berada di rumah di KB. Kalau tak langsung update tu bermakna saya berada di ceruk yang tak ada capaian internet atau capaian terlampau perlahan mengalahkan kura-kura
Banyak kerusi kosong
Tengokkan kat luar tu, taklah teruk sangat. Tapi angin kuat kot.
Cucu, anak dan menantu masa hantar saya di Subang Skypark
siAdik tanak lepaskan tangan Datuk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa