10 Jun 2017 | MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Penulis bukanlah penganalisis politik antarabangsa yang tegar, sekadar memerhati dari kaca mata awam. Namun, penulis tidak boleh lari dari keterujaan terhadap negara Qatar.
Mungkin kerana pernah menjejakkan kaki ke sana dua kali. Melihat sendiri kepesatan negara yang sedang meningkat naik, meninjau dan mendapatkan pandangan serta dapatan secara tidak langsung dengan masyarakat di sana khususnya rakyat Malaysia yang bermastautin di negara kaya itu.
Penulis tidak mampu untuk menganalisis dan mengulas berkaitan strategi politik antarabangsa dan hubungan diplomatik negara itu dengan negara-negara lain. Bagi penulis, Qatar adalah satu negara yang unik dan keunikan ini tidak ada di negara-negara lain.
Sebelum ini Qatar dikenali sebagai negara padang pasir, tidak punyai apa-apa. Hanya negara kecil yang dihimpit di tengah-tengah negara besar yang lain seperti Saudi, Iran, Oman dan UAE.
Namun kini menjadi negara tumpuan dunia dan sangat dicemburui oleh kuasa-kuasa besar. Qatar telah menjadi pihak yang penting dalam percaturan politik dunia dan keberadaannya tidak mampu dikesampingkan.
Qatar yang kini bukanlah seperti Qatar puluhan tahun yang lalu, berubah dengan sangat ketata. Satu tajdid dan pembaharuan yang sangat mengagumkan.
Negara emirat di Timur Tengah itu telah memberi sumbangan besar dan memainkan peranan penting terutama berkaitan survival umat Islam. Ia bukan lagi seperti banyak negara jiran yang menghadapi kemelut dan peperangan yang berpanjangan.
Negara ini adalah tempat yang memberi ruang dan peluang kepada tokoh-tokoh untuk berlindung daripada ancaman musuh termasuklah daripada negera asal mereka sendiri. Tokoh paling besar ialah mujtahid dan cendekiawan tersohor, Prof Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi.
Umum mengetahui beliau telah mendapat kerakyatan dan dilindungi di Qatar dan kesatuan yang dipimpinnya iaitu Kesatuan Ulamak Sedunia bernaung di negara itu. Penulis turut berpeluang dan berkesempatan bertemu dengannya beberapa tahun lalu dan sekali lagi mengunjungi pejabat kesatuan itu beberapa bulan lalu bersama sahabat NGO Serantau Muslim.
Negara ini juga dikenali sebagai negara yang lantang mempertahankan dan memperjuangkan isu Palestin, maka tidak hairanlah Qatar sangat dibenci oleh sekelompok kuasa besar dunia. Negara Islam lain lebih sanggup merelakan diri dan takut untuk menyatakan kebenaran dalam isu Palestin demi memikirkan kepentingan kuasa mereka.
Qatar juga sangat cenderung mempertahankan gerakan Islam seperti Hamas dan Ikhwanul Muslimin dan ramai pemimpin-pemimpin gerakan ini berlindung di negara itu. Media tersohor, Al-Jazeera yang sentiasa mempelopori isu sejagat umat Islam juga berpusat di negara itu.
Penulis sangat teruja apabila pertama kali sampai di negara itu, suasananya sangat menarik dan bersih. Tidak seperti negara-negara Islam lain di persekitarannya seperti Mesir yang dikenali sebagai negara yang kotor dan tidak bersistematik biarpun menjadi antara negara yang banyak melahirkan cendekiawan dan lulusan agama.
Di negara inilah kita boleh melihat kehebatan umat Islam yang sebenar. Akhlak Islam dipraktikkan oleh pemerintah dan rakyat. Kita boleh lihat sistem pentadbiran negara yang efisyen dan bersistematik, maka tidak hairanlah negara ini dikenali sebagai antara negara yang pertama di dunia Arab dan berada di kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.
Negara ini juga adalah negara yang paling aman dan selamat daripada sebarang risiko keganasan. Pergilah di ceruk mana sekali pun, anda akan jumpa pihak keselamatan sekerap yang mungkin. Ertinya, negara ini sangat mementingkan keamanan daripada ancaman keselamatan luar mahupun setempat.
Qatar adalah sebuah negara yang kaya hasil daripada pengurniaan nikmat hasil petroleum kedua terbesar di dunia. Daripada hasil inilah telah mengubah negara itu menjadi sebuah negara yang maju dan kekayaannya dapat dinikmati oleh rakyat, bukan dibolot oleh aparat sang penguasa seperti di banyak negara termasuk negara penulis sendiri!
Negara Qatar telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang signifikan yang menjadikan negara itu sebagai salah satu negara terkaya di dunia. Rakyat Qatar secara puratanya berpendapatan yang tinggi, kemiskinan berjaya dibasmi dengan baik.
Negara ini akan menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun 2022, kini sedang giat membina stadium bola sepak berkapasiti tinggi. Penulis telah berpeluang melihat sendiri beberapa stadium yang sudah siap dan sedang pembinaan semasa berkunjung ke negara itu beberapa bulan lalu, hatta berlaku pembinaan stadium dalam jarak yang sangat dekat iaitu bersebelahan sahaja.
Qatar turut menganjurkan kejohanan sukan berkelas dunia seperti tenis, motocros dan sebagainya. Mungkin ramai yang beranggapan ia adalah satu pembaziran besar, namun bagi penulis kemungkinan Qatar menjadikan platform ini untuk menempatkan mereka dalam kalangan negara tumpuan dunia bukan sahaja di kaca mata umat Islam tetapi merangkumi seluruhnya.
Qatar mahu membuktikan negara Islam juga mampu mempelopori segenap perkara. Pembangunan, pentadbiran yang baik, kepedulian dan bekersamaannya terhadap isu umat Islam, penguasaan ekonomi dan sebagainya.
Penulis berkongsi pengalaman dan dapatan mengikut sudut pandang penulis yang cetek untuk dikongsi bersama, mungkin ada perkara yang lari daripada hakikat sebenarnya. Apa yang lebih penting ialah Qatar perlu terus mempertahankan prinsipnya dan tidak tunduk daripada apa jua desakan. Semoga negara ini terus sukses!
Faeez Azahar

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa