Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 16, 2017

7 maut, 66 cedera dalam letupan di depan tadika: Kenapa kanak-kanak jadi sasaran ?

7 maut, 66 cedera dalam letupan di depan tadika
TR - 10:46 PM
XUZHOU, CHINA - Sekurang-kurangnya 7 mangsa maut dan 66 cedera dalam letupan yang berlaku di depan sebuah tadika, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang berlaku jam 4.50 petang di depan Tadika Chuangxin di Daerah Feng, letupan itu berlaku ketika golongan ibu bapa sedang menunggu untuk mengambil anak masing-masing.

Menurut laporan media tempatan, dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala lima lagi mangsa meninggal dunia di hospital. Sementara itu, 9 lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca letupan berkenaan.

Gambar dan video di tempat kejadian yang menunjukkan kanak-kanak serta orang dewasa terbaring di jalan raya tersebar di media sosial. Ada beberapa mangsa dilihat turut mengalami pendarahan. Letupan yang kuat itu juga menyebabkan pakaian beberapa mangsa terkoyak.

Video pula menunjukkan detik-detik letupan itu berlaku yang mengejutkan orang ramai yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Sekitar jam 5 petang, kami terdengar bunyi letupan yang besar dan menyangka ia letupan gas di kedai makan berhampiran," kata pemilik kedai di kawasan itu. 

* Beberapa set video kejadian itu lihat di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa