Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 17, 2017

Hebatnya pembangkang Malaysia, DOJ boleh diatur?

Salleh kutuk tindakan pembangkang guna kuasa asing campuri politik negara
16 Jun 2017 | BERNAMA
Salleh Kruak

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.

Beliau berkata mereka yang tidak bertanggungjawab ini sanggup memanipulasi saman sivil terbaru yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sebagai satu senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.

"Mereka lakukan perkara sedemikian pada Julai tahun lalu tetapi gagal dan mereka mencuba lagi pada tahun ini.

"Saya yakin sungguh mereka akan menggunakan perkara sama pada pilihan raya umum akan datang iaitu mereka membuat manipulasi menggunakan isu ini (saman sivil DoJ) untuk mencemarkan imej negara dan merosakkan nama baik perdana menteri," katanya kepada pemberita hari ini.

Salleh menegaskan bahawa pihak Peguam Negara telah berkali-kali sebelum ini menegaskan bahawa siasatan yang dibuat menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam dakwaan aktiviti pengubahan wang haram seperti yang terkandung dalam saman sivil DoJ itu dan malahan tidak wujud apa-apa bukti yang berasas untuk apa-apa tindakan mahkamah.

Salleh berkata masyarakat negara ini seharusnya faham bahawa siasatan oleh DoJ merupakan satu proses biasa di Amerika Syarikat dan ia tidak membuktikan kesahihan sesuatu dakwaan selagi perkara itu tidak diputuskan oleh mahkamah.

"Tetapi ada pihak di Malaysia ini mengambil kesempatan (atas laporan DoJ). Sudah tentu ia (tuduhan) tidak disiasat jika tidak ada dakwaan daripada orang Malaysia sendiri.

"Terbukti ada orang Malaysia telah pergi ke Amerika Syarikat membuat dakwaan di negara itu, sedangkan Malaysia sendiri mempunyai undang-undang," katanya.

Menurut Salleh pihak pembangkang sekarang dalam keadaan tenat serta terdesak dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kelangsungan politik walaupun perbuatan itu diketahui sebagai keji dan kotor.

Katanya, pembangkang melakukan perbuatan ini semata-mata ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin negara dalam usaha mendapatkan sokongan politik daripada rakyat.

4 comments:

  1. Klu semudah itu boleh diatur, suruh najib atur la dgn doj supaya gugur semua tuduhan. Lain la kat malaysia ada apandi, shafee, kpn.......

    ReplyDelete
  2. Najib memang tidak terlibat secara langsung dengan saman doj kerana najib tidak beli aset dan simpan wang di amerikana...perompsk yg dinamakan dlm saman doj telah disiasat oleh fbi dan perompak memeliki aset dan simpanan wang yg dirompak dari dana pelaboran 1 mdb diluar negara....najib adalah orang yg meluluskan dana 1mdb dilabor diluar negara...
    Siasatan fbi mendapati wang curi 1 mdb telah dimasukkan kedalam akaun najib di kl sebanyak 2.6 billion dari skaun prompak di singapore...bank ini telah ditutup oleh singapore...
    Salleh kruak bodooh ato buat2 bodoo?...
    Najib punca kpd rompakan...
    Kalo najib tidak teibat kenapa Apandir dan polis tidak siasat dan ambik tindakan keatas Jho lo dan Riza Aziz berdasarkan siasatan fbi?...Apandir tidak menafikan penglibatan jho lo dan Riza aziz dlm rompakan...sepstutnye 2 prompak ini disiasat oleh Apandir dan polis untuk membersihkan najib...
    Salleh main wayang pacak..

    ReplyDelete
  3. Dah takde yang cerdik lagi ke dalam ameno untuk jadi menteri? Atau sumenye spesis ini!!

    ReplyDelete
  4. Bila keluar je kenyataan dr mulut keruak....1 malaya cuba dibodohkn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa