Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 12, 2017

Pas takut menjadi jantan?

Monday, 12 June 2017
PAS OH PAS....
Apa masalah Pas sebenarnya?

Adakah Pas masih keliru tentang keperluan menukar kerajaan yang sedang dipimpin Najib Razak sekarang, meskipun jika kita bertanya kepada 10 rakyat, tujuh atau lapan daripadanya tidak lagi berkenan dengan UMNO dan BN?

Kalau Pas merasakan menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, apakah jaminan bahawa mengekalkan lagi kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib tidak membawa lebih banyak keburukan kepada rakyat dan negara?

Antara keburukan yang sudah nyata dengan kebaikan yang belum pasti, yang mana patut ditolak dahulu?

Jika benar menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, kenapa Pas sendiri tidak mengumumkan secara terbuka sokongannya kepada UMNO dan BN?

Bukankah lebih baik dan "lebih jantan" jika Pas nyatakan saja sokongan terbuka atau umumkan bergabung terus dengan UMNO jika merasakan menukar kerajaan tidak membawa kebaikan?

Kenapa Pas perlu berselindung di sebalik blok ketiga dan Gagasan Sejahtera jika benar kerajaan yang ada lebih diyakini boleh membawa kebaikan?

Kenapa sejak bersendirian ini, Pas semakin caca-marba, tidak ketahuan dan tidak menantu hala tujunya?

Pas oh Pas...mengapa begitu malang nasibmu? (ShahbudinHusin 12/06/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 00:27 

1 comment:

  1. Pas sedang diterajui oleh orang yang sedang pening dan keliru. Mereka tak sedar apa yang mereka lakukan. Abaikanlah saranan mereka. Anggaplah mereka sedang mabuk semabuknya!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa