Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 8, 2018

Dr. Mahathir kembangkan hidung Amanah

Yang menjayakan agihan kerusi PH adalah AMANAH, kata Tun M
MALAYSIA DATELINE  -  January 7, 2018 7:16 pm
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, yang menjayakan agihan kerusi PH hari ini adalah AMANAH.

Beliau berkata demikian dalam ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan yang diadakan di IDCC Shah Alam hari ini.

Semalam dalam satu rundingan yang diadakan, pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) telah mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti untuk Semenanjung Malaysia.

Persetujuan yang dicapai menetapkan PKR akan bertanding 51 kerusi, Bersatu 52, DAP 35 dan AMANAH 27. Jumlah kerusi Parlimen untuk dipertandingkan di Semenanjung Malaysia ialah 165.

Butiran keputusan kata sepakat berkenaan kemudian telah diumumkan oleh Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah melalui perisytiharan Muafakat Pakatan Harapan pada Konvensyen PH itu hari ini.

Turut diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri (PM) PH sekiranya PH berjaya mengambil alih Putrajaya dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan pula diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa