Niat saya sejak awal blog ini diwujudkan, saya tidak mahu menulis tentang politik di dalamnya. Tetapi nampaknya saya terpaksa melanggar niat saya itu kerana rasa gatal pula jari-jari saya ini nak menulis tentang politik, tapi sikit saja tau.
Hari ini saya anggap saya sudah tidak berparti, jadi saya rasa bebas untuk menulis dan mengkritik mana-mana parti politik yang pada anggapan saya perlu dikritik.
Bagi saya Pas sepatutnya berjuang bersendirian tanpa menjual dan menggadai prinsipnya. Kenapa PAS perlu menjadi penumpang? Tidakkah PAS belajar dari pengalaman lalu? Lupakah PAS ketika di dalam BN setelah dipujuk selepas 13 Mei dan bernaung di bawah BN. Selepas itu PAS dikhianati dan ditendang macam bola buruk? (bola baru selepas ditendang akan dikutip tetapi bola buruk selepas ditendang dengan niat membuangnya tidak akan dipungut lagi). Lupakah PAS apabila bersekongkol dengan Semangat 46 dan DAP (Angkatan Perpaduan Ummah) juga dikhianati? Dan sekarang menumpang kasih di dalam PR pula. PAS juga sudah jadi penumpang yang tidak dihiraukan! DAP lagi kurang ajar, langsung tidak boleh disebut tentang Undang-Undang Hudud dan Undang-Undang Islam yang menjadi teras perjuangan PAS selama ini. Di atas prinsip inilah juga suatu ketika dulu saya berjuang bersama PAS.
Sekarang PAS di dalam PR pula. Walaupun PAS dianak tirikan oleh PKR dan DAP, tetapi PAS masih lagi terhegeh-hegeh menumpang kasih. Betul Prinsip Perjuangan luaran memang berubah-ubah tanpa mengubah Prinsip Pokok bergantung kepada situasi dan keperluan. Tetapi kalau sudah terang bertentangan dan orang lain tidak boleh berkompromi hanya kita saja yang terpaksa mengalah dan berlembut kenapa masih tunggu? Mufarakah sajalah kalau Imam sudah terbatal!
Tetapi yang anih bin ajaibnya sekarang ini timbul pula cerita PAS akan rujuk ke BN. Haruu-haruu, pening aku! Kalau sudah tahu ular dari lubang itu yang mematuk tangan suatu ketika dulu, kenapa sekarang hendak dihulurkan lagi tangan yang sudah memburuk ke dalam lubang itu lagi? Hayya wa talak paham ooo!
Apakah pemimpin PAS mahukan kuasa? Adakah kuasa ihsan yang diberi sebagai penumpang berupaya merubah sesuatu? Mustahil!. Dulu PAS mengecam DS Anwar yang ingin membersihkan tong taik dari dalam dan sudah terbukti tidak berjaya, beliau pula yang terhumban ke Sungai Buluh. Sekarang PAS pula yang ingin terjun ke dalam tong taik yang sama. Apa ni! Adakah wajar hendak selamatkan harta daripada dirompak, kita berbaik dengan perompak? Bukankah bersekongkol namanya?. Yang lebih membingungkan ialah adakah perompak akan mendengar kata kita bila kita berbaik dengan mereka? Tidak usahlah berangan kalau kita hanyalah sekadar penumpang.
Dulu Pas dipelawa oleh UMNO kerana UMNO terdesak di atas nama penyatuan Melayu selepas peristiwa 13 Mei 1969. Seketika setelah UMNO pulih serta merasa kuat dan tidak perlu lagi kepada PAS, maka PAS ditendang. Situasi sekarang pun sama juga. UMNO mempelawa PAS sebab UMNO sudah nazak akibat perpecahan selepas kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, juga kononnya di atas bab perpaduan umat Melayu PAS dipelawa. Dengar khabarnya PAS dan semacam gila talak!
Sudahlah. Tidak serik-serik lagikah? Pada pandangan saya di dalam PR pun pada situasi sekarang ini PAS sepatutnya sudah mufarakah kerana DAP tidak pernah menghormati perjuangan PAS iaitu Islam serta menentang hak istimewa Bangsa Melayu. Lebih parah lagi tidak menghormati Raja-Raja Melayu. Lupakah PAS apa yang berlaku dan perlakuan DAP terhadap Sultan Perak selepas pilihanraya yang lalu? Kompromi ada tempatnya.
Atas dasar-dasar dan prinsip perjuangan PAS, PAS perlu berjuang bersendirian. PAS perlu beristikamah. PAS perlu berjuang dengan kekuatan sendiri walau pun seribu tahun lagi. Ini pun kalaulah betul dan ikhlas para pemimpin PAS tidak gila kuasa, tidak gila pangkat dan tidak gila harta. Maka berjuanglah di atas prinsip asal kerana Allah.
Insya Allah PAS akan berjaya juga akhirnya.
wah..ada geng sekapal.
ReplyDeletesaya pelajar master sains dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi. sebelum ni kaki gunung juga..tapi dah sangat perlahan sekarang.
sdr norijam tu bukan pegawai di KBS ke sekarang?
salam singgah and salam kenal;)
ReplyDeletewah!anaknya UTM kah?huhu samala..sorry,out of topic.hehe,kurang reti bab2 politikni:p
artikel anda :
ReplyDeletehttp://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/pas_dan_bn
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!