Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 6, 2008

Peralihan TanamaTembakau Kepada Kenaf Dan Intergrasi

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Rokok/Tembakau.
3 comments

Umum mengetahui bahawa rokok merbahaya untuk kesihatan. Bagi mereka yang menghisap rokok, walaupun sudah tertera amaran bahaya merokok pada setiap kotak rokok, mereka tetap merokok.

Maka dirasakan seolah-olah amaran tersebut gagal mencapai matlamatnya, Menteri Kesihatan yang baru, Liow Tiong Lai, mencadangkan agar mesej yang lebih keras dengan grafik ngeri perlu disampaikan. Utusan (1 Jun) memetik bahawa “Mulai 1 Disember ini, kotak-kotak rokok akan dicetak dengan gambar penyakit kronik termasuk kanser paru-paru akibat merokok sebagai langkah peringatan keras dan pencegahan tabiat berkenaan di kalangan orang ramai.

Apakah akan berkesan? Berjuta wang ringgit telah diberikan kepada LimKokWing untuk kempen “Tak Nak” merokok namun statistik belum lagi menunjukkan angka yang memberangsangkan.

Malah setiap tahun Hari Tanpa Tembakau disambut di pelbagai peringkat dengan pelbagai tema dan wang ringgit yang hangus sepertimana hangusnya wang ringgit perokok, namun, belum terdengar perokok berhenti merokok hasil dari Hari Tanpa Tembakau. [kalau pun ada mungkin terlalu kecil bilangannya untuk diambilkira sebagai di dalam statistik]

Dalam pada jutaan wang dibelanjakan untuk menyeru perokok untuk berhenti mengambil tembakau, kerajaan turut mempunyai agensinya yang menggalakkan penanaman tembakau. Lembaga Tembakau Negara diasaskan untuk:

Visi

Menerajui pembangunan industri tembakau secara teratur dan lestari untuk menghadapi cabaran globalisasi.

Misi

Untuk memaju dan meningkatkan industri tembakau supaya lebih cekap dan berdaya maju dalam sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Aneh tetapi fakta. Subsidi diberikan untuk para penanam tembakau. Maka habislah duit menggalakkan penanaman tembakau. Kemudian habis pula duit untuk menyeru orang berhenti merokok.

Sukar untuk IB fahami bagaimana LTN hendak sumbang pembangunan aspek sosio dengan cara menggalakkan lebih ramai orang mendapat pelbagai penyakit akibat tembakau. Statistik menunjukkan makin ramai mereka yang mengidap pelbagai penyakit akibat dari asap rokok.

Sekian, IB


Jawapan dari mountdweller :

mountdaweller - June 3, 2008

apa yang ib paparkan tu adalah visi yang dibuat semasa akta ltn diluluskan di parlimen tahun 1973. tetapi sekarang, tahu tak ib, yang ltn telah diberikan peranan baru untuk memajukan kenaf dan tanaman intergrasi lain bagi menggantikan tembakau secara beransur-ansur? tahukah ib sekarang ini kuota tanaman tembakau telah dikurangkan berperingkat 6 juta kg/tahun? dari tahun-tahun sebelumnya iaitu 12 juta kilo pada tahun puncak lapan tahun dulu?. dan tahukah ib yang akta baru kenaf akan dibentangkan di sesi parlimen akan datang dan ltn akan diberikan nama baru sesuai dengan peranannya memajukan industri kenaf dan tanaman intergrasi lain untuk mengecilkan tanaman tembakau. pada tahun 2010 dijangkakan tembakau bukan lagi satu tanaman utama untuk petani tembakau apabila perjanjian AFTA dilaksanakan sepenuhnya. untuk keterangan yang lebih tepat, harap ib dapatkan maklumat yang betul dan cukup dari PRO LTN atau pun Ketua Pengarah LTN sendiri.

Terima Kasih

# Ini adalah untuk menjawab satu artical dari : http//ibrahimbaba.wordpress.com

mountdaweller - June 4, 2008

tuan ib,

saya juga dapati web ltn tidak diupdate sebagaimana yang sepatutnya. tak apalah itu kelemahan pengurusan mereka sendiri. apa yang saya tahu harga tembakau akan dikurangkan sehingga ke RM8.00/kg menjelang 2010. harga sekarang ialah RM15.80/kg gred tinggi. saya rasa pada masa itu (2010) tidak ada lagi orang nak tanam tembakau, sebab kos akan melebihi untung. profit margin pada masa itu sudah terlalu kecil atau tidak ada langsung.


2 comments:

  1. Saya sudah 8 tahun berhenti hisap rokok... Selepas menghisap rokok selama lebih kurang 10-15 tahun....

    ReplyDelete
  2. Kepada letting the time pass me by tahniah diucapkan kerana berjaya berhenti merokok. anda adalah seorang yang kuat dan tabah! memang tidak ada untungnya membakar duit dan diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa