Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 23, 2010

Dasar Biawak!

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, hari ini mencabar ketua umum PKR dan presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, supaya menjelaskan kedudukan enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Berita Harian Online memetik Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, mereka berdua sepatutnya mendedahkan kandungan kotak berkenaan yang dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah menyimpan kotak berkenaan atau membaca kandungan dokumen di dalamnya, Ezam berkata beliau hanya ditunjukkan kotak berkenaan ketika disimpan di kediaman Anwar selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.

"Selepas dipenjara, Anwar memesan melalui Wan Azizah supaya saya sentiasa membangkitkan soal kandungan kotak berkenaan pada ceramah dan saya hanya menurut perintah....Saya difahamkan kotak berkenaan kemudian diberi kepada beberapa saudara dan rakan untuk disimpan di dalam dan luar negara.

"Sebaliknya, apabila saya keluar daripada PKR, mereka menyatakan saya yang menyimpan kotak berkenaan untuk menjejaskan kredibiliti saya....Justeru, saya mencabar Anwar dan Wan Azizah mendedahkan kandungan kotak berkenaan," kata Ezam di Rumah Kelantan di Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

Ezam diminta mengulas isu kotak berkenaan yang sebelum ini menjadi modal ceramah beliau serta pemimpin PKR untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan kepada rakyat.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, beliau bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Semalam, Ezam mendakwa mempunyai dokumen lengkap yang dapat membuktikan Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Yahudi.

Malah, katanya, beliau bercadang menyerahkan dokumen berkenaan kepada Parlimen sebagai bukti yang Anwar memang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi.

Sumber mk

7 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Lama menyepi..., pergi bertapa ke...? Kalau dapat pisau masa bertapa tu.. bagi saya pinjam sekejap.

    Nak potong lidah biawak tu... ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. asalamulikum ayahnda

    sapa yang nak percaya dia ni..

    ReplyDelete
  3. saya pun banyak kotak jugak.. sapa nak beli?

    ReplyDelete
  4. masyaAllah syeikh, jangan biarkan anak-anak anda malu di sekolah atas kebodohan bapak...

    ReplyDelete
  5. salam

    adoiii. macam-macam.. sana yahudi sini yahudi..

    Boring dan menyampah dengan orang yang pada mulanya setia abis kemudian bila hilang setianya, maka riuh gempita satu dunia - pecahkan rahsia segalanya. Sana buruk sini buruk..

    ReplyDelete
  6. Pada hemat patik, 1 thing about our politic arena, orang kita termasuk pemimpin suka kutuk lawan berdegar-degar. Sensasi & sepertinya semata mencari publisiti & pengaruh saja. Pastinya jika begitu keadaannya orang tu ketika tu sudah bukan membenci kerana Allah. Sepertinya tiada keikhlasan lagi.

    Tu pasal dia (atau kita sendiri) tak ingat apa yg kita pernah kata kat orang akan memberi kesan negatif kpd'nya (atau kita) kelak & backfire.

    Adakah ini 1 keinsafan? Karma? Balasan Allah? Pasti ujian-Nya.
    Kena tanya sang katak agaknya soalan ni...hehe

    ReplyDelete
  7. kalau nak menyalak biarla selaku anak jantan... masuk ikut pintu belakang, apa kelas lu mamat???? makanla duit haram dari elaun senatak tuu!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa