Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 7, 2010

Darjah Kehinaan Manusia Dan Beruk

Empat lima hari Mountdweller hilang. Bukan apa hanya mood blogging menurun kerana kenaikan. Minyak naik, gula naik menyebabkan keghairahan blogging terbantut. Apa nak jadi dengan rakyat yang kurang mampu?

Kalau yang kurang mampu itu, mampu pula berfikir dan tidak hanya berleter di Kedai Kopi atau hanya semasa membeli keperluan di dalam sehari dua, maka sudah pasti Kerajaan akan sakit bila tiba Pilihanraya nanti.

Tapi apakandaya manusia di bumi Malaysia semuanya mudah lupa. Betul kata Mahathir! Dilembukan pun memang tidak apa, tidak terlekat di mana-mana. Bila tiba PRU Tuan Lembu juga yang menang.

Jadi tidak ada gunanya berleter di cyber atau di mana-mana. Tidak siapa yang akan ambil peduli dan tidak ada siapa pun yang terasa.

Mountdweller nak beralih kepada isu Kemanusiaan dan kebinatangan pula.

Suatu petang seorang kawan bertandang dan bersembang. Dia tengok Arnab, Puyuh dan Anak Beruk Betina yang baru mountdweller beli. Dia ceritakan yang Abang Iparnya menawarkan Anak Beruk berumur sebulan setengah kepadanya untuk dibela tetapi dia tidak mahu. Lantas mountdweller tawarkan diri untuk dibayar.

Bila tuan empunya beruk bersetuju nak jual, mountdweller pun pergilah ambil di Kampung Pak Kancil, dekat Bandar Permaisuri, Terengganu.

Adik begitu gembira dan excited bila melihat anak beruk yang comel, lincah dan nakal tetapi cukup rapat dijaga Ibunya. Tetapi tuannya nekad nak bagi kepada kami.

Satu peristiwa paling sedih paling hiba bila tuan empunya beruk merampas anak beruk dari Ibunya. Ibu Beruk enggan lepaskan sehingga bergumpal berguling-guling di tanah. Ibu Beruk tercekik dengan tali ketika rampasan anak oleh tuanya. Meraung tak usah nak katalah. Sama kuat siIbu dan siAnak.

Akhirnya di dalam ratap dan raungan ibu dan anak kami bawa pulang. Tuannya telefon saya menyatakan selama 3 hari siIbu masih memanggil anaknya. Mountdweller tidak tahu nak cerita dengan sensasimya tetapi cukup kalau mountdweller katakan cukup hiba dan sayu. Betapa hinanya bandingan manusia yang membuang anak dengan Ibu Beruk yang kehilangan anak.

Beruk tidak berotak tetapi mempunyai penuh perasaan kasih sayang. Rupanya manusia memang ada otak tetapi kosong dan perasaan juga kosong. Jadi manusia menjadi berpuluh kali ganda lebih hina dari beruk!

Ini anak beruk itu. Kami namakan dia Ruby. Sejak kami bawa balik, Ruby tidak boleh berenggan dari Adik. Manja dan mengada-ngada. Apa pun kali terhibur dan membelanya dengan kasih sayang. Tidur pun bersama adik.





11 comments:

  1. Salam Tuan,
    Selepas membaca, melihat pula photo si beruk tu, sedih pulak rasanya.

    - Radenjowo -

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Nak tanya sket..macam best jer bela beruk nie..berapa beli dan kena ada lesen ker..?

    ReplyDelete
  3. W'salam Tuan Raden

    Memang sedih dan kesihan betul tengok siIbu tapi memandangkan tuanya nak jual dan saya datang dari jauh, dengan berat hati menerimanya.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam Anon.

    Saya beli dengan harga RM100 dan lesennya kena mohon dari Jabatan PERHILITAN dengan bayaran RM10 setahun.

    ReplyDelete
  5. apa kata pak din beli sekali dgn ibu beruk ... sedih pulak mcm cerita yg aziz m osman berlakon zaman 80an dulu

    ReplyDelete
  6. Katon Tin Ton

    Tuannya hanya nak jual anaknya saja.

    Sekarang amalmuya dapat Ibu baru iaitu adik. Cukup erat, adik nak tinggal pergi solat pun susah.

    ReplyDelete
  7. comel gila beruk ni

    ReplyDelete
  8. comel gila beruk ni...
    sama ke mcm jaga kucing

    ReplyDelete
  9. Link exchange is nothing else but it is just placing the other person's
    blog link on your page at proper place and other person will also do similar in support plenty of fish dating site of free dating you.

    ReplyDelete
  10. May I simply just say what a relief to uncover someone
    that genuinely knows what they're discussing over
    the internet. You actually know how to bring an issue to light and make
    it important. A lot more people must read this and understand this side plenty of fish Dating site of free dating the story.
    I was surprised that you're not more popular because you most certainly possess the gift.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa