Janda maut dalam tandas
BANDARAYA MELAKA - Seorang tukang cuci terkejut apabila menjumpai mayat s wanita bersama anaknya yang baru dilahirkan dalam tandas di sebuah kilang membuat pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Merlimau, Jasin, dekat sini, petang kelmarin.
Operator pengeluaran yang masih berpakaian seragam kilang itu ditemui mati dalam keadaan duduk bersandar ke belakang di atas mangkuk tandas sementara bayi perempuannya yang cukup sifat serta tali pusat masih belum dipotong pula di atas lantai bersebelahan ibunya.
Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, mangsa yang merupakan ibu tunggal dikenali sebagai Hinaliza Hussein, 30, berasal dari Jalan Bunga Matahari, Felda Kemendor, Jasin ditemui kira-kira jam 4.45 petang.
“Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan yang banyak dan menahan kesakitan seorang diri selepas melahirkan bayinya ketika waktu bekerja.
“Bagaimanapun tiada seorang saksi yang nampak mangsa memasuki tandas sebelum ibu beranak dua itu ditemui tukang cuci berkenaan dan memaklumkan kepada pihak kilang, lalu menghubungi Klinik Kesihatan Merlimau serta pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Che Suza berkata, sisatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa kerana pihaknya mendapati tiada kesan pecah pada pintu bilik air dan pintu berkenaan juga tidak berkunci.
“Siasatan juga mendapati mangsa tinggal menumpang di rumah abangnya di Kampung Kilang Berapi, dekat sini dan kakak mangsa tidak mengetahui adiknya itu sarat mengandung sembilan bulan,” katanya.
Mayat mangsa dan anaknya kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan cuba menyembunyikan kelahiran - SH
Al fatihah.
ReplyDeletePak Din yang dirahmati Allah,
ReplyDeleteBukan "Adakah Allah..." tetapi apa yang berlaku ini adalah mesej jelas bahawa kita sudah di akhir zaman.
Sudah terang lagi bersulung, ibu tunggal ini menerima nasib buruk akibat perbuatannya sendiri. Persoalannya, jika anak malang yang bakal lahir itu anak yang 'sah', mengapa dia perlu bersalin di tandas dan hamil tanpa diketahui oleh yang terdekat dengannya?
Benarlah hadis nabi:
"Akan sampai masanya, orang berzina di tepi jalan umpama keldai. Lalu ditanya oleh para sahabat, adakah ia (akan) berlaku? Maka dijawab oleh Nabi, Ya, pasti (ia) akan berlaku." Hadis diriwayatkan oleh At-Tabrani..
Untuk yg mengerti maksud saya,
ReplyDeleteAda yg akan kata ni hal tak reti/pandai 'cover'.
atau, "Pandai main, pandai la simpan"
atau, "Main tu pasti keselamatan..pakai la kondom"
Tapi sebenarnya kita lupa atau buat lupa .. ni la bahaya gejala maksiat zina... seks sebelum nikah!
Allahu a'klam!
malang x berbau....tp malang yg ni mungkin ade bau2 petai sket kot....sian baby tu....
ReplyDelete