Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 28, 2017

Gila: Pemandu teksi khayal

Tiga pemandu teksi khayal, miliki ganja ditahan
Diterbitkan pada November 27, 2017 23:06 MYT
Nazli (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada tiga pemandu teksi yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Lapangan Terbang di kawasan Long Term Car Park di KLIA pagi ini, 27 Nov 2017. --fotoBERNAMA

SEPANG: Tiga pemandu teksi ditahan kerana memiliki dan positif dadah dalam operasi bersepadu lapangan terbang di kawasan Long Term Car Park di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata dua lelaki ditahan memiliki bahan terlarang iaitu ketulan ganja mampat manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja dan syabu dalam operasi membabitkan 35 pegawai dan anggota.

Operasi bersepadu melibatkan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula kira-kira 9.30 pagi hingga 2 petang.

"Dua lelaki dalam lingkungan umur 27 dan 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) atau Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi yang berumur 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau berkata berkata dua pemandu teksi yang berada dalam keadaan khayal kerana baru sahaja selesai menghisap dadah ganja dan syabu ditahan di pintu masuk ketika hendak memasuki kawasan tempat letak kereta itu manakala seorang lagi mengaku menghisap dadah ditahan ketika ingin meninggalkan kawasan itu bagi mengambil penumpang kira-kira 10.30 pagi.

Hasil siasatan JPJ mendapati dua pemandu teksi terbabit menyorok ketulan mampat ganja di dalam kotak rokok dan diletakkan di bahagian bawah tempat duduk pemandu dan karpet kereta serta merampas peralatan dapur ganja moden yang terdiri daripada satu botol minuman ringan dan sebatang paip ganja.

"Peralatan dapur moden untuk menghisap dadah yang ditemui bersama suspek dipercayai boleh didapati secara dalam talian dan dilengkapi dengan satu set peralatan menghisap ganja yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata ini merupakan operasi kali pertama dilakukan di kawasan yang merupakan tempat teksi-teksi akan berkumpul kerana JPJ memandang serius kes penemuan pengambilan dadah dalam kalangan pemandu teksi.

"Operasi bersepadu ini akan diteruskan di tempat-tempat lain bagi memastikan pemandu teksi tidak memandu dalam keadaan khayal yang boleh membahayakan penumpang," katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, JPJ juga telah menyita sebuah lori dan menahan seorang warganegara Indonesia berumur 20-an kerana memandu lori berkenaan tanpa lesen memandu yang sah selain memiliki pasport tamat tempoh. Pemandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga telah memeriksa 150 teksi pelbagai jenis, dan daripada jumlah itu, 20 kenderaan diambil tindakan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) tamat tempoh dan cermin gelap," katanya.  - sumber

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa